Skip to playerSkip to main content
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menerangkan bahawa individu berumur bawah 16 tahun tidak dibenarkan membuka atau memiliki akaun media sosial. Mekanisme pengesahan umur perlu dilaksana berasaskan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Transcript
00:00Di bawah CPC, pemberi perkhidmatan belesin yang menawarkan perkhidmatan media sosial diwajibkan untuk melaksana mekanisme pengesahan umur atau dengan izin
00:10age verification dan bukannya pengesahan identity atau age identity verification bagi memastikan pematuhan terhadap had umur minimum yang ditetapkan.
00:22Pengguna yang telah mencapai usia 16 tahun dibenarkan mendaftar dan memiliki akaun media sosial, manakala individu di bawah umur tersebut
00:30tidak dibenarkan membuka atau memiliki akaun media sosial sehingga mencapai umur yang telah ditetapkan.
00:37Pelaksanaan pengesahan umur ini bukanlah bertujuan untuk menghalang atau melarang kanak-kanak daripada mengguna media sosial secara kekal, sebaliknya untuk
00:45menangguhkan pemilikkan akaun media sosial sehingga mereka mencapai usia 16 tahun dan mempunyai tahap kematangan yang difikirkan lebih sesuai bagi
00:57menggunakan platform tersebut secara selamat dan bertanggungjawab.
01:00Bagi pendekatan ini, yang turut dikenali sebagai inisiatif tunggu 16, diperkenalkan bagi melindungi kanak-kanak dan keluarga daripada risiko serta
01:11kemudaratan dalam talian.
01:13Mekanisme pengesahan umur perlu dilaksana berasaskan dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia seperti kad pengenalan, pasport, sijil kelahiran dan
01:23atau dokumen lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
01:26CPC turut membenarkan penggunaan dokumen lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia termasuk rekod setara yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kompeten
01:34di bidang kuasa lain supaya akses kepada pelindungan dalam talian dapat diberikan secara saksama kepada semua kanak-kanak tanpa mengira
01:42status dokumentasi mereka.
01:45Pelaksanaan mekanisme ini hendaklah dibuat dengan selamat, praktikal dan menghormati privasi pengguna, selaras dengan keperluan di bawah CPC.
Comments

Recommended