Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Keberanian seorang pemandu lori mempertaruhkan keselamatan diri dengan menggunakan kenderannya bagi menahan sebuah bas ekspres daripada terbabas, mendapat pengiktirafan apabila menerima Sijil Penghargaan Khas serta wang sagu hati berjumlah RM10,000 daripada kerajaan hari ini.
Transcript
00:00Keberanian seorang pemanulori mempertaruhkan keselamatan diri dengan menggunakan kenderaannya bagi menahan sebuah bas ekspres daripada terbabas, mendapat peniktirafan apabila menerima
00:12sijil penghargaan khas serta wang sagu hati berjumlah RM10,000 daripada kerajaan.
00:18Menteri Pengangkutan Anthony Luk berkata penghargaan menerusi dana majlis keselamatan jalan raya itu diberikan kepada Wong Tak Meng berusia 40
00:28tahun atas tindakan pantas beliau menyelamatkan nyawa 21 penumpang bas dalam kejadian berhampiran terowong menora Perak pada 15 Jun lalu.
00:40Jadi itu telah pun berjaya mengelakkan satu kemalangan yang tragik daripada berlaku. Pembeli bas itu ada 21 penumpang.
00:49Jadi tindakan berani oleh Encik Wong telah pun dikongsi dalam sosial media, melalui media dan melalui sosial media.
01:01Kita pun mendapati tahu bahawa insiden ini dan dua hari lepas kita telah menghubungi Encik Wong dan menjemput beliau untuk
01:11datang ke Dewan Rakyat Pada hari ini.
01:13Kerana tadi semasa saya membentangkan pindaan Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Jalan, pada penghujungnya saya menyatakan dan berkongsi isu di
01:25insiden ini.
01:26dan memberikan penghargaan beliau supaya direkodkan dalam handset parlimen keberanian beliau dan tindakan beliau yang menyelamatkan nyawa manusia.
01:35Mengulas mengenai kronologi kejadian, Anthony berkata bas dalam perjalanan dari Kedah menuju ke Ibu Negara itu mengalami masalah teknikal
01:43dan hilang kawalan sepenuhnya ketika menuruni bukit berhampiran terowong terbabit.
01:49Terdahulu, Dewan Rakyat turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tak Meng atas keberaniannya.
01:56Penghargaan itu disampaikan timbalan yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Muhammad Noh.
02:01Sebelum ini, video cemas memaparkan tindakan berani pemandu lori itu tular menerusi media sosial dan mendapat pujian daripada warga maya.
02:10Sementara itu, bagi Tak Meng, tindakan spontan yang itu dilakukan semata-mata demi memastikan rantaian kenderaan lain di hadapan mereka
02:19sempat menyelamatkan diri selain mengelak sebarang kehilangan nyawa.
Comments

Recommended