Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran di Switzerland berakhir dengan perkembangan positif, menurut Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
Transcript
00:00Rundingan antara AS dan Iran di Switzerland berakhir dengan perkembangan positif menurut Perdana Menteri Pakistan, Sheikh Baz Sharif.
00:08Beliau berkata, kedua-dua pihak mencapai kemajuan memberangsangkan termasuk persetujuan mengenai Plan Halatuju ke arah Perjanjian Muktamad
00:16dalam tempoh 60 hari serta penubuhan jawatan kuasa peringkat tinggi bagi menyelia proses rundingan.
00:22Pakistan dan Qatar yang bertindak sebagai pengantara memaklumkan rundingan berlangsung dalam suasana konstruktif meskipun ketegangan masih wujud berhubung situasi di
00:33Lebanon dan Selat Hormuz.
00:34Kedua-dua pihak turut bersetuju mewujudkan mekanisme bagi menamatkan pertempuran antara Israel dan kumpulan Hezbollah yang disokong Iran di Lebanon.
00:44Selain itu, saluran komunikasi khas turut dibuka bagi membantu menjamin laluan selamat kapal dagang melalui Selat Hormuz,
00:53laluan penting bagi bekalan minyak dan gas asli cecai dunia.
00:57Perkembangan itu dilihat sebagai langkah awal ke arah meredakan ketegangan serantau
01:01serta membuka ruang kepada penyelesaian diplomatik yang lebih menyeluruh.
01:05Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended