00:00Pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar melalui penggunaan MyCard bukan saja memastikan subsidi sampai kepada rakyat Malaysia yang layak.
00:08Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah dan Sarawak, Datuk Mustafa Sakmut berkata, ia juga membantu mengurangkan ketirisan dan penyeledupan yang
00:17sekian lama menjejaskan keberkesanan sistem subsidi negara.
00:21Mustafa dalam kenyataannya pada Isnin berkata, konflik yang berterusan di Asia Barat menuntut negara mengambil pendekatan lebih strategik dalam menjamin
00:30keselamatan tenaga dan kestabilan ekonomi.
00:33Ujarnya langkah Malaysia mempererat kerjasama tenaga dengan negara seperti Rusia dan Turkmistan disamping memastikan jaminan bekalan melalui hubungan strategik dengan
00:45negara pengeluar tenaga utama membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memperkukuh ketahanan tenaga negara serta menjamin kelestarian bekalan untuk jangka panjang.
00:57Beliau berkata penurunan harga diesel mencerminkan keberkesanan dasar luar negara serta kecekapan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam
01:06mengurus ekonomi secara behemah.
01:08Semalam, Anwar mengumumkan penurunan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 seliter bermula Julai dan dilaksanakan selaras dengan
01:20pendekatan yang digunakan melalui program Budi Madani RON95 iaitu dengan pengesahan melalui MyCard.
Comments