Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan pendekatan baharu dengan membuka cawangan di terminal pengangkutan awam dan lokasi tumpuan orang ramai bagi memudahkan urusan rakyat, termasuk operasi lebih panjang dan akses lebih fleksibel di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Cheras.
Transcript
00:00Pendekatan baru diperkenal Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dengan menempatkan cawangan di hak pengangkutan awam dan bangunan tumpuan orang ramai.
00:09Menteri Pengangkutan Antiniluk berkata, penempatan pejabat JPJ di lokasi strategik seperti terminal pengangkutan awam memberi lebih banyak akses kepada pengguna
00:19serta meningkatkan nilai tambah perkhidmatan.
00:21Ini memang merupakan pendekatan baru kita untuk membuka pejabat-pejabat cawangan JPJ di kawasan-kawasan tumpuan orang ramai untuk memudahkan
00:33pelanggan kita, untuk memudahkan pengguna.
00:37Dari segi aksesibiliti, yang pertamanya tempat ini dipilih yang pertamanya dia sangat strategik. Ada tempat parkir yang banyak dan boleh
00:48diakses melalui pengangkutan awam.
00:50Tambahan pula, terminal bersepadu selatan ini bukan sahaja sebagai satu hak pengangkutan awam, tetapi dia juga merupakan satu tempat di
01:00mana ada ruang komersial, ada tempat makanan dan sebagainya.
01:04Jelasnya, pelanggan boleh melakukan urusan sementara menunggu tanpa perlu beratur lama sekaligus menjadikan masa menunggu lebih produktif.
01:12Anthony berkata, pemidahan operasi daripada lokasi lama turut membantu mengurangkan kesesakan trafik serta masalah parkir di kawasan berkenaan.
01:22Jadi boleh membantu meningkatkan user experience. Ini sesuatu yang amat penting kepada kita dan bukannya membuang masa, menunggu lama, tunggu
01:33dalam queue dan sebagainya.
01:34Jadi ini satu konsep yang memang saya amat hargai dan memang kita berusaha untuk memperbanyakkan pejabat-pejabat modern seperti ini.
01:48Pejabat baru itu adalah cawangan ketiga berkonsepkan modern selepas putera jaya dan nilai.
01:54JPJ cawangan TBS akan beroperasi hingga jam 10 malam dan dibuka 7 hari seminggu bagi memudahkan orang ramai berurusan mengikut
02:03kesesuaian masa.

Recommended