00:00Golongan B40 berpotensi menerima peningkatan bantuan haji pada masa hadapan apabila lembaga tabung haji TH memaklumkan akan memperhalusi cadangan berkenaan
00:11sekiranya mencatat keuntungan yang memberangsangkan.
00:14Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Marhamah Rosili berkata, bagi musim haji tahun ini, bantuan haji bersasar
00:24masih diteruskan dengan kadar bayaran yang jauh lebih rendah berbanding kos sebenar menunaikan ibadah haji.
00:30Ketika ini, kos sebenar menunaikan haji berjumlah RM33,300 seorang. Jemaah haji dalam kategori B40 hanya perlu membayar RM15,000
00:38manakala baki RM18,300 ditanggung menerusi bantuan keuangan yang disediakan TH.
00:46Bantuan keuangan haji ini dibiaya daripada keuntungan pelaburan tabung haji yang dijana daripada simpanan para pendiposit.
00:53Sebab itu, pemberian bantuan keuangan haji perlu dibuat secara bersasar dan berhemah dengan mengambil kira keperluan bakal haji serta kepentingan
01:02para pendiposit tabung haji secara keseluruhannya.
01:05Namun insyaAllah, tabung haji akan memperhalusi cadangan daripada YB Batu Pahat untuk menambah bantuan kepada golongan B40 ini.
01:13Bagi musim haji yang akan datang, doakan semoga lebih banyak keuntungan di pihak tabung haji lepas ini insyaAllah.
01:19Sementara itu, TH juga sedang meneriti penambahbaikan sistem pengurusan giliran haji lebih sistematik dan adil kepada pendiposit yang telah membuat
01:26persediaan awal,
01:27khususnya mereka yang konsisten menyimpan dan mempunyai simpanan mencukupi.
01:31Langkah itu dapat mengurangkan keperluan untuk membuat tawaran gantian berulang apabila terdapat bakal haji yang memohon penangguhan atas alasan keuangan.