00:00Kembali ke perkembangan tempatan, dua pasangan suami isteri yang sebelum ini tular dalam media sosial kerana memukul pembantu rumah mereka
00:08dalam kejadian Disember lalu dihadapkan ke Mahkamah Magistret Johor Bahru.
00:12Tertuduh, Muhammad Firdau Syaban dan istrinya Nur Afiqah Nabilah Azhar bersama Muhammad Hirzi Hazik Abulai serta pasangannya Nur Farah Aina
00:24Azhar mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dihadapan tiga magistret.
00:29Afifah Azimah Wahab, E. Sharmini dan Tan Chiu King.
00:34Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas Yulia Arnida yang berusia 34 tahun, isuah
00:44rumah di Jalan Ledang Tampu, Johor Bahru pada jam 8.30 malam pada 22 Disember 2025.
00:50Muhammad Firdaus dan istrinya Nur Afiqah Nabilah juga bersama-sama didakwa mendatangkan kecederaan ke atas dua lagi pembantu rumah mereka,
00:59Siti Hajar dan Yatina Yusnita, di sebuah rumah di Jalan Delima 2 Palang 6, Taman Daya, antara jam 2 petang
01:06hingga 4 petang 11 Jun lalu.
01:08Bagi pertuduhan mendatangkan kecederaan, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama.
01:18Sementara itu, Muhammad Hirzi Haziq dan istrinya Nur Farah Aina secara berasingan didakwa telah menakutkan secara jenayah terhadap Siti Hajar
01:27dan Yatina Yusnita dengan ugutan hendak mencederakan dengan niat untuk menyebabkan kegentaran mengikut Seksyen 506 Kanun Kesiksaan.
01:36Muhammad Firdaus turut berdepan dua lagi pertuduhan kerana memiliki dokumen perjalanan diri iaitu pasport Indonesia milik Siti Hajar dan Yatina
01:44tanpa alasan yang munasabah dan kuasa yang sah.
01:48Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12 Kurungan 1 Kurungan F Akta Pasport 1966 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau
01:58penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
02:03Mahkamah membenarkan ikat jamin secara keseluruhan terhadap Nur Farah Aina dan suaminya masing-masing dengan jumlah sebanyak RM9,000, manakala
02:13Muhammad Firdaus RM11,500 dan istrinya sebanyak RM5,500.
02:18Mahkamah menetapkan 2 Julai dan 23 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula bagi serahan dokumen.
Comments