Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sejauh mana strategi mempelbagaikan rakan dagang mampu melindungi ekonomi negara daripada risiko luaran? Dan apakah langkah yang perlu diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mampan?
Transcript
00:00Dalam lanskap ekonomi global yang dilihat semakin mencabar, Malaysia terus memperkukuh strategi diplomasi ekonomi dengan memperluaskan kerjasama bersama rakan dagang
00:09sediada dan meneroka pasaran baru.
00:11Di mana lawatan rasmi Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim ke Tugmanistan baru-baru ini menjadi antara usaha kearah tersebut
00:18dengan tumpuan kepada pengukuhan kerjasama dalam sektor tenaga, perdagangan dan pelaburan pada masa sama, ketidaktentuan geopolitik serta cabaran ekonomi global
00:27turut menuntut Malaysia membina ekonomi domestik yang lebih berdaya tahan.
00:31Tapi persoalannya, sejauh mana strategi memperbagaikan rakan dagang ini mampu melindungi ekonomi negara daripada risiko luaran dan apa mungkin langkah
00:40yang perlu diberi keutamaan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mampan.
00:45Jadi bersedia dalam talian individu tidak asing lagi bersama dengan saya, Dr. Muhammad Azhar Nizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank
00:50Muamalat Malaysia Berhad.
00:52Dr. Nizam, terima kasih studi bersama dengan Esra Awani pertama sekali dalam membuka perbincangan kita melihat kepada lawatan Perdana Menteri
00:59ke Tugmanistan, ia dilihat sebahagian usaha memperkukuh hubungan ekonomi dengan rakan baru dan dalam situasi geopolitik global yang semakin tidak
01:09menentu ini, sejauh mana sebenarnya strategi memperbagaikan rakan dagang ini menjadi semakin penting terutama kepada Malaysia?
01:17Baik, terima kasih Haris. Pendapat saya berkenaan memperbagaikan rakan dagang, memperbagaikan produk perdagangan antarabangsa dan sebagainya, saya kira dalam konteks
01:28masa ini adalah sesuatu yang, sesuatu keperluan sebenarnya.
01:32Ataupun kita panggil dia strategi imperative, keperluan yang strategik memandangkan kita dah melihat dan menyaksikan dalam tempoh beberapa tahun ini,
01:41faktor geopolitik, kemudian dasar perdagangan yang bersifat protectionist, kian menular.
01:49Dan kita pun tidak pasti bilakah ia akan menemui suatu titik noktah, tapi yang pasti kesannya itu memberi kesan yang
01:58signifikan kepada ekonomi Malaysia yang merupakan sebuah negara yang begitu meraihkan perdagangan antarabangsa.
02:05Justru bagi saya apabila Perdana Menteri membuat lawatan ke Eropah Timur, Rusia, Terministan dan sebagainya itu, itu dilaksanakan atas dasar
02:15suatu bentuk keperluatan strategik dan memastikan kelestaran ekonomi negara akan terus terpelihara
02:22dalam pada kita menelusuri kemelut geopolitik yang seperti sebutkan tadi, kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Jadi saya kira
02:34ini satu perkara yang wajar dilaksanakan.
02:38Dari segi risiko, kesannya itu memanglah kita akan terus menghadapinya kerana negara yang besar iaitu Amerika Syarikat masih lagi melaksanakan
02:48satu dasar yang bersifat antagonistik dan sebagainya.
02:51Dan kemudian pada masa saya juga untuk kita meraihkan ataupun mengubah ataupun pivot kepada rakan dagang yang baru, sudah pasti
02:59isu-isu berkenan dengan pentadbiran seperti
03:03akta pengubahan dana, apa ini, amlah lah ataupun anti-money laundering dan sebagainya itu perlu diperhatikan supaya risiko berlakunya ketidakpatuhan
03:15peraturan-peraturan antarabangsa ini juga tidak
03:20dikesampingkan. Jadi maksudnya, dalam pada kita untuk mengalih arah ke suatu blok perdagangan yang berbeza, tetapi dari segi
03:29pematuhan regulatory ataupun regulatory compliance juga, adalah satu aspek yang juga perlu diperhatikan dalam pada meraksanakan strategi mempelbagaikan rakan dagang
03:38ini.
03:39Doktor, menyebut berkenaan dengan mempelbagaikan rakan dagang juga. Data perdagangan Malaysia bagi Mei menunjukkan ekspor negara kekal berdaya tahan.
03:48Walaupun mungkin ekonomi global berdepan dengan pelbagai cabaran ketidaktentuan dan adakah ini membuktikan strategi kepelbagaian pasaran ekspor
03:57Malaysia ini semakin membuahkan hasil?
04:02Memang benar ya. Haris, bila kita lihat data yang terbaru pada bulan Mei, jelas menunjukkan bahawa kalau kita lihat isu
04:11berkenaan dengan perangan di Iran ini,
04:13dia berlaku bulan Februari, 28 Februari. Tetapi kalau kita lihat isu berkenaan dengan perang tarif, ia bermula seawal April tahun
04:22lalu.
04:22Justru kita telah menyaksikan suatu pertumbuhan dua angka, terutamanya berkenaan barangan ekspor berkenaan dengan elektronik dan elektrik
04:31dan juga bahan-bahan komoditi, terus mencatatkan suatu lonjakan yang saya kira begitu tinggi.
04:39Ini menunjukkan bahawa strategi kerajaan dalam memastikan mempelbagaikan produk barangan, kemudian dari segi rakan dagang juga
04:49membantu negara dalam menampan kesan negatif hasil daripada perang di Iran dan juga faktor geopolitik ataupun dasar pandangan yang bersifat
05:01protesionis.
05:02Dan sekiranya ini dapat dikekalkan sudah pasti yang dapat membantu dalam memastikan momentum pertama ekonomi negara berada dalam keadaan yang
05:09positif.
05:10Namun kita tidak boleh sentiasa berasa selesa dan saya kira usaha untuk terus mempelbagaikan rakan dagang itu perlu dilaksanakan secara
05:19konsisten.
05:20Ya. Doktor, selain kita lihatlah membuka peluang pelaburan dan perdagangan di negara seperti Turkmenistan yang baru dilawati oleh PM,
05:30adakah ataupun apa mungkin lagi langkah yang perlu diberi keutamaan dalam nak memastikan bahawa ekonomi Malaysia ini terus berdaya tahan
05:40dalam menghadapi risiko terutama kalau kita cakap soal risiko luaran melihat dari segi memperkukuh ekonomi domestiknya
05:49dari segi konsumsi permintaannya, pelaburannya, pandangan doktor?
05:54Baik. Kalau kita melihat enjin pertemanan ekonomi negara, sebanyak ada dua.
05:58Pertama, sektor ekonomi luaran ataupun net export ataupun eksport bersih.
06:02kemudian permintaan domestik. Apa yang dilaksanakan oleh kerajaan dari segi mempelbagaikan rakan dagang itu,
06:09itu adalah enjin pertumbuhan ekonomi ataupun pertumbuhan sektor luaran.
06:13Dan sektor domestik juga tidak boleh dikesapingkan kerana itu satu-satu enjin yang penting.
06:18Dan dalam konteks masa juga kita dah menyaksikan bahawa momentum pertumbuhan dalam konsumsi
06:24ataupun private konsumsi, penggunaan di kalangan isi rumah juga dilihat agak lembab.
06:30Haris pada suku pertama hari itu 4.7% itu di bawah paras long term average sekitar 6%.
06:38Justru ini menuntut bahawa pihak kerajaan perlu menyusun dana mereka ataupun keuangan mereka
06:44terutama dasar fiskal supaya dana tersebut dapat digunakan ke arah yang dapat menekatkan ekonomi
06:50dalam bentuk jangka sedana jangka panjang.
06:53Dalam konteks ini, saya kira bagaimana kerajaan terus menerus melihat ataupun menyemak semula
06:59mekanisme pemberian subsidi itu, saya kira itu adalah satu usaha yang tepat
07:04dan itu seharusnya membantulah kerajaan dalam membuka ruang lagi, ruang fiskal
07:09yang sepatutnya boleh dibelanjakan ke arah perkara yang lebih produktif
07:12dan akan meningkatkan daya tahan ekonomi pada masa akan datang.
07:17Dr. Niza, petang semalam kita lihat pengumuman Perdana Menteri berkait dengan subsidi juga
07:25diesel diturunkan RM2.10 untuk seluruh negara dengan penggunaan MyCard
07:29seperti pembelian bahan api yang lain.
07:33Dalam keadaan kita cakap soal kerajaan mempunyai ruang fiskal yang terhadlah
07:38sejauh mana mungkin reformasi seperti kita lihat lagi subsidi bersasar ini sebenarnya
07:43penting dalam nak memperkukuh ekonomi domestik supaya pertumbuhan ini
07:48tidak terlalu bergantung kepada faktor luaran.
07:52Apa sahaja berlaku di peringkat global tempiasnya begitu besar kepada kita
07:56dan akhirnya kita perlu mengukuhkan ekonomi domestik itu.
08:00Dr. Niza.
08:01Baik. Saya melihat pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan dengan
08:06subsidi diesel ini yang mana antara perkara yang disentuh adalah berkenaan
08:10dengan penggunaan MyCard. Jadi saya kira satu memang kerajaan berusaha
08:16untuk menyemak semula dasar tersebut tapi mekanisme juga adalah suatu perkara
08:23yang penting bagaimana perbantuan itu diberi dan pada masa saya kita sedia
08:29maklum isu-isu berkenaan dengan seperti penyeludupan, kegiatan aktiviti
08:35yang tidak sihat seperti penjualan minyak bersubsidi di luar negara ata
08:39ataupun aktiviti arbitrage secara detailnya. Itu perlu ditangani melalui mekanisme
08:45yang komprehensif. Jadi apabila mekanisme itu telahpun dilaksanakan dan kita melihat
08:51bagaimana penggunaan mekanisme MyCard dalam pembinaan subsidi dalam round 95 dilihat berjaya.
08:57Mungkin setelah tiba masanya untuk di, orang kata itu, di replicate lah kepada
09:03subsidi diesel. Kerana diesel juga adalah satu komponen penting bagi sektor perniagaan
09:07dan dia memberi kesan langsung lah kepada rantaian perniagaan dan akhirnya
09:14sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan baik maka kesan ini kepada pengguna juga
09:18kerana apabila peningkatan harga barang kos dan sebagainya itu hasil daripada
09:23peningkatan kos bahan api maka sooner or later orang kata itu harga itu akan dipindahkan
09:31kepada pengguna. Bagi saya menyemak semula mekanisme juga sama penting dan dalam konteks
09:38masa penggunaan MyCard untuk diesel saya kira ini satu usaha yang sesuatu yang
09:42yang positif untuk kelestarian kewangan kerajaan juga.
09:48Doktor, secara keseluruhannya bagaimana sebenarnya untuk strike the balance lah
09:53ataupun nak mengimbangi dua strategi yang kita bincangkan. Pertamanya tadi
09:58memperluaskan hubungan ekonomi di peringkat antarabangsa pada masa sama nak
10:02memperkukuh asas ekonomi domestik itu, Doktor Nizam.
10:07Dia memang berlaku serentak ya Haris. Dia tak boleh orang kata itu bersifat
10:12selektif dan perlu dilaksanakan secara serentak supaya kesan itu dapat
10:17dirasai oleh semua pihak. Dan pilihan yang ada sudah pasti bukan satu
10:23pilihan yang mudah. Ianya bukan satu boleh dikatakan bukan langkah yang
10:27populis dan dalam konteks masa dalam pada kita kata itu dalam musim-musim
10:32pilihan raya ini juga. Ini satu perkara yang saya kira ahli-ahli politik
10:36pelucatnalah tentang bagaimana dasar ekonomi dan juga kesan kepada rakyat
10:41dan bagaimana mereka seharusnya menggunakan perkara ekonomi ataupun isu ekonomi ini
10:46secara bertanggungjawab supaya agenda untuk mereformasikan ekonomi,
10:52mereformasikan institusi itu dapat diangkat setelah berakhirnya musim
10:56perlihan raya nanti. Jadi saya kira memang serentak ya Haris dan dia
11:01memerlukan suatu buy-in oleh semua pihak rakyat, peniaga, pasaran dan juga
11:06ahli politik itu utamanya.
11:08Dr. Nizam, kita nak memasuki separuh kedua untuk tahun 2026 ini.
11:14Mungkin akhir sekali dalam nak mengakhiri perbincangan kita dalam
11:18seminit setengah ini. Apa jangkaan dan juga terutama ketidaktentuan global
11:24faktor luaran yang terus menghimpit ekonomi kita, adakah perlunya
11:28satu bentuk reformasi, ibarat perlu menelan ubat yang pahit rakyat ini
11:34pada ketika ini ataupun gula-gula itu semakin hampir tak kala ambang
11:39ataupun bahang pilihan raya itu makin dirasai, Dr. Nizam?
11:43Baik Haris, kalau kita lihat angka seperti ringgit sekarang ini telah pun
11:48mencatatkan satu kejatuhan akibat daripada situasi di Amerika Syarikat
11:54sebenarnya. Bagi saya apabila kelembapan ringgit ini mula berlaku
11:58justru ia menuntut suatu tindakan lebih tuntas lagi daripada pihak
12:02kerajaan dalam menunjukkan ataupun nak showcase kepada para pelabur
12:07bahawa para pentadbir ataupun apa ini policy makers, pembuat dasar
12:13serius dalam melaksanakan reformasi ekonomi. Sekiranya dapat ditunjukkan
12:18maka saya kira akan lebih banyak lagi dana akan masuk dan membeli aset-aset
12:22di aset kewangan lah ataupun seperti pasaran saham, bon dan sebagainya
12:26boleh berlangsung dan pelaburan FDI juga boleh ditingkatkan maka itu
12:31secara langsung akan meningkatkan pendapatan ataupun meningkatkan
12:35nilai ringgit lah. Jadi bagi saya untuk separuh tahun yang kedua ni
12:39situasi kadar faedah di Amerika Syarikat akan menjadi isu utama
12:43kerana itu akan menentukan hala tujuh ringgit. Kemudian dalam
12:46ekonomi Malaysia dan konteks masa saya kira nilai ringgit ni merupakan
12:49satu barometer ataupun kayu ukur yang sangat penting dalam mengukur
12:53apa ni prestasi ekonomi dan juga sentimen pelabur terhadap
12:58struktur ekonomi negara pada masa akan datang.
13:03Dr. Nizam insyaAllah tapi next bersama dengan tetamu kita
13:07Sidiq kita akan terus memperincikan berkenaan dengan ringgit ini
13:10terima kasih sekali lagi Dr. Muhammad Afzal Nizam Abdul Rashid
13:13Ketua ekonomi Bank Muhammad Malaysia Berhad dan segalanya akan kita
13:17rangkumkan di astroawani.com dan di semua platform digital Astro Awani
13:22Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended