Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Pusat Rehabilitasi PERKESO Sultan Nazrin Shah bukan sekadar sebuah kemudahan kesihatan, tetapi melambangkan satu penghijrahan pemikiran.
Transcript
00:00Pusat Rehabilitasi Pekesos Sultan Nazrin Shah bukan sekadar sebuah kemudahan kesihatan tetapi melambangkan satu penghijrahan pemikiran.
00:09Sultan Perak Sultan Nazrin Shah beritahu ia lambang penghijrahan pendekatan, merealisasikan wawasan dan hasrat negara,
00:15mahu mencanggihkan perkhidmatan rehabilitasi ke tahap yang lebih maju, berteknologi tinggi dan diperkukuhkan dengan perkhidmatan yang mengutamakan nilai kemanusiaan serta
00:25menghayati nilai keinsanan.
00:30Menurut Baginda, pusat itu juga bukan sekadar kompleks yang dilengkapi peralatan modern lagi canggih tetapi dihebatkan dengan tenaga pakar dalam
00:38bidang perubatan dan kesihatan, teknologi bantuan, fizioterapi serta terapi pekerjaan dan vocational, bimbingan sosial dan sokongan psikologi yang diadun dalam
00:49ekosistem yang bersepadu.
00:50Wawasan dan hasrat negara ini jelas mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat, khususnya warga pekerja.
01:04Pusat ini harus dilihat sebagai satu simbol bahawa negara menghargai setiap nyawa, setiap pekerja dan setiap keluarga.
01:21Simbol bahawa musibah bukan noktah terakhir kepada kehidupan.
01:29Simbol bahawa dengan sistem yang betul, masyarakat yang peduli dan peluang yang disediakan, seseorang insan tidak perlu hidup atas ihsan
01:46bantuan orang lain tetapi boleh kembali membina masa hadapan yang bermaruah.
01:53Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Pusat Rehabilitasi Perkeso Sultan Nazrin Shah di Bandar Meru Raya Ipoh pada Selasa.
02:01Titah Baginda adalah menjadi tuntutan Fardu Kifayah dan tanggungjawab keinsanan untuk membantu meringankan tanggungan mereka yang ditimpa dugaan hidup.
02:10Kemajuan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui tersegamnya jeritan bangunan pencakar langit atau jejambat yang bersimpang siur
02:26Atau pelabuhan dan lapangan terbang yang besar atau angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi
02:36Kemajuan yang sebenar terletak pada keupayaan negara dan kesungguhan negara
02:45Memperkenalkan dan melaksanakan program-program sosial untuk memelihara martabat insan
02:56Membela mereka yang lemah dan menyediakan peluang kedua kepada sesiapa sahaja yang menghadapi nasib malang
03:08Diuji dengan penyakit, kecederaan atau kehilangan upaya
03:15Sultan Nazrin menghargai penghormatan yang diberikan dengan sembah cadangan untuk mengabadikan nama Baginda di pusat ini
03:22Baginda turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menjaikan dan memudahkan pembinaan pusat rehabilitasi ini
03:29Menurut Baginda, idea membangunkan pusat ini di negeri Perak dicituskan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran
03:36Ketika diabanahkan sebagai Menteri Sumber Manusia
03:38Sebelum diteruskan oleh Datuk Seri M. Saravanan, V. Siva Kumar, Stephen Simchi Kiong dan akhirnya dirasmikan ketika Datuk Seri A.
03:47Ramadhan
03:48Titah Baginda pembangunan pusat ini dipermudahkan dan dapat dilaksanakan dengan cepat melalui sokongan Menteri Besar Perak
03:55Datuk Seri Sa'arani Mohamad serta bantuan juga kerjasama rapat daripada pelbagai jabatan dan agensi di peringkat negeri
04:02Menurut Baginda, membangunkan kompleks yang hebat itu melibatkan pelbagai pihak dan pelbagai peranan
04:07Berangkumi pemikiran, idea, lakaran, perolehan, pembinaan, bekalan, kelulusan, latihan dan pengisian
04:15Terima kasih telah menonton!
04:18Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended