00:00Kestabilan politik di bawah Ketua Menteri Haji Jinor mungkin antara faktor Pakatan Harapan atau PH menggunakan logo Gabungan Rakyat Sabah
00:09atau GRS pada PRU akan datang, kata penganalisis.
00:14Syaharuddin Awang Ahmad berkata, PH negeri itu menyedari naratif Sabah untuk orang Sabah semakin dominan, diterjemahkan rakyat pada PRN lalu
00:23yang menyaksikan GRS menang kerusi terbanyak sebelum membentuk pertabiran bersama beberapa parti lain.
00:30Pengurusi PH Sabah Mustafa Sakmut dilaporkan tidak menolak kemungkinan menggunakan logo GRS pada PRU akan datang, namun menekankan perkara itu
00:39belum dibincangkan secara rasmi di peringkat parti.
00:43Arvin Tajari dari Universiti Teknologi Mara atau UITM pula berkata, PH wajar bertanding menggunakan logo sendiri bagi mengukur tahap penerimaan
00:52sebenar pengundi meskipun mengakui guna logo GRS mungkin lebih selamat.
00:58Arvin berkata, PH perlu akur kerusi di kawasan bandar yang dimenanginya pada PRU-15 seperti Sepanggar, Kota Kinabalu dan Sandakan
01:07boleh dipertahankan jika guna logo GRS.
01:11PRU yang sama, PH turut menawan penampang serta tuaran menerusi APKO sebelum parti itu keluar dari Pakatan menjelang PRN Sabah.
01:21Zenae Mamo Maitsuf, FMT
Comments