Skip to playerSkip to main content
Filipina digegar gempa kuat! Gegaran kuat pagi tadi turut dirasai penduduk Tawau dan Semporna, Sabah.
Situasi makin meruncing bila gempa kedua berukuran 5.3 pula landa Mindanao tengah hari tadi. Setakat ni 5 orang maut dan Presiden Marcos mengarahkan pelan evakuasi segera.
MetMalaysia memaklumkan nasihat tsunami yang dikeluarkan pada jam 8.36 pagi telah ditamatkan sepenuhnya pada jam 12 tengah hari.
Pun begitu, orang ramai dinasihatkan agar kekal peka terhadap maklumat rasmi yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa berkaitan

Video: wilsonbueranovlogs2,
sunstarcebu

Muzik: Cody Martin Don't Go SoundStripe

#gempabumi #filipina #earthquake #sinarplus #dunia

Category

🗞
News
Transcript
00:01Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda kawasan Kepulauan Filipina pada 7.37 pagi tadi.
00:10Gempa yang dikesan pada kedalaman 40km itu turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Tawau dan Sempurna di Sabah.
00:20Manakala satu lagi gempa bumi sederhana bermagnitude 5.3 melanda Mindanao pada 12.44 tengah hari.
00:29Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berlaku pada kedalaman 70km, kira-kira 155km barat laut dari Kepulauan Talaut,
00:40Indonesia.
00:42Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
00:45Sehingga 1.20 tengah hari, 5 orang dilaporkan maut.
00:50Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos mengarahkan usaha tindak balas dan pemantauan bencana di seluruh kawasan terjejas
00:58serta menggesa penduduk bergerak ke tempat lebih tinggi untuk pengumusian.
01:03Sekadar info, Filipina kerap dilanda gempa bumi kerana kedudukannya di lingkaran api pasifik.
01:08Terima kasih kerana menonton!
01:10Terima kasih kerana menonton!
01:14Terima kasih kerana menonton!

Recommended