Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
KPDN mengajak sektor swasta, NGO dan institusi menyokong I-FB bagi memperkukuh agihan makanan. Inisiatif ini menumpu bantuan kepada golongan rentan serta mengurangkan pembaziran makanan melalui kerjasama strategik.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kausar Hidup KPDN mempelawa sektor swasta, badan bukan kerajaan NGO dan institusi berkaitan bagi memperkasa
00:11program ISAN Foodbank atau IFB.
00:14Penglibatan mereka penting sama ada sebagai penyumbang atau pihak yang terlibat dalam proses pengagihan serta mengenalpasti kumpulan sasa.
00:25Menteri KPDN Dato' Armizan Muhammad Ali berkata penglibatan semua pihak akan mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi memastikan usaha memperkasakan program
00:35IFB dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.
00:39Menurut Armizan, inisiatif IFB menekankan usaha menyemarakkan nilai ihsan dan belas kasihan dalam masyarakat untuk bersama-sama menyantuni komuniti khususnya
00:49golongan rentan dan kumpulan sasa.
00:52Inisiatif ini menggabungkan tiga objektif utama iaitu menyantuni komuniti, menyayangi alam sekitar dan menyelamatkan lebihan makanan yang masih selamat untuk
01:01dimakan.
01:02Armizan ketika mengulas mengenai program itu berkata QSR Brands, M Holdings Berhad menjadi antara rakan strategik awal dalam memperkasakan pelaksanaan
01:12program berkenaan dengan projek IFB at KFC melibatkan 10 restoran di Sabah dan 10 NGO yang bekerjasama dengan restoran KFC
01:22yang terlibat.
01:23Beliau berkata projek IFB at KFC akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat dengan penglibatan lebih banyak restoran, NGO dan
01:33institusi berkaitan bagi meningkatkan usaha menyelamatkan lebihan makanan serta membantu golongan yang memerlukan.
01:40Terima kasih telah menonton!
01:43selamat menonton!
Comments

Recommended