00:00Pulau Sebatik berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai hub pelancongan berasaskan aktiviti memancing sekaligus mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam
00:09dan luar Sabah.
00:11Ia dibuktikan dengan sambutan hangat pertandingan memancing terbuka Pulau Sebatik di pulau yang dikongsi Malaysia dan Indonesia itu.
00:20Bekas ahli Dewan Undangan Negeri Adun Sebatik yang juga penganjur pertandingan, Datuk Abdul Muis Pico berkata, penyediaan kemudahan penginapan seperti
00:29homestay yang selesa mampu menarik lebih ramai pelancong dan pemancing dari seluruh negara untuk berkunjung ke Pulau Sebatik.
00:36Jadi apa yang kita nampak Pulau Sebatik ini ada potensial.
00:39Memang ada potensial untuk kita buat satu hub untuk memancing untuk seluruh Sabah.
00:45Pasal kita nampak Pulau ini pulau paling unik di Malaysia iaitu dua negara.
00:51Iaitu satu Sebatik Malaysia dan satu Sebatik Indonesia.
00:55Tapi apa yang paling penting pemimpin yang ada di Pulau Sebatik ini harus dia buat yang terbaik.
01:03Harus dia buat yang terbaik untuk menjadikan semua perserana-perserana untuk kemudahan-kemudahan peserta-peserta yang datang.
01:10Bukan hanya di seluruh Sabah tapi daripada Semenanjung pun yang banyak berminat untuk memancing datang ke Pulau Sebatik.
01:19Beliau berkata demikian selepas merasmikan pertandingan memancing terbuka Pulau Sebatik, DJT mentadak baru Pulau Sebatik pada Ahad.
01:28Beliau turut mencadangkan pembangunan bandar sempadan di kawasan Sungai Melayu yang disifatkan mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan pelancongan
01:36setempat.
01:37Menurutnya, kerudukan strategik Pulau Sebatik yang berkongsi sempadan dengan Indonesia memberi kelebihan besar untuk dibangunkan sebagai destinasi pelancongan dan perdagangan
01:47rentas sempadan.
Comments