00:00Isu track larian di Stadium National Bukit Jalil pada awalnya dilihat sebagai masalah teknikal,
00:06namun reaksi orang ramai menunjukkan ia sebenarnya melibatkan isu lebih besar,
00:12iaitu soal kepercayaan.
00:14Perdebatan bukan lagi sekadar tentang jenis track atau kos,
00:18tetapi bagaimana keputusan dibuat dan sejauh mana maklumat didedahkan kepada orang ramai.
00:24Kontroversi timbul apabila cadangan dibuat untuk menggantikan track sedia ada dengan sistem baru,
00:31walaupun penukaran fasiliti lama adalah perkara biasa,
00:35ramai mahu tahu alasan sebenar di sebalik keputusan itu.
00:39Kumpulan seperti Reform in Sport and Excellence menegaskan keputusan melibatkan dana awam
00:46perlu disokong bukti yang jelas dan boleh disemak.
00:49Orang ramai mahu faham bukan sekadar diberi jaminan.
00:54Akhirnya isu ini menjadi peringatan bahawa setiap projek besar perlu lebih telus,
00:59bukan sekadar pandangan pakar,
01:01tetapi bukti yang kukuh supaya keputusan boleh dipertahankan dan dipercayai rakyat.
01:08Zaharul Alam, Yahya Shahir, FMT
Comments