00:00Selanjutnya, rejim Zionis terus melancarkan serangan udara terbaru, mengorbankan seorang rakyat Palestine,
00:06manakala beberapa yang lain cedera dalam serangan ke atas kawasan berpenduduk di Tenggara Bandar Gaza.
00:12Menurut sumber perubatan, serangan itu berlaku pada hari kedua sambutan Aidil Adha.
00:17Dan ia menjadi bukti, Israel terus melanggar gencatan senjata yang dimekterai pada Oktober lepas.
00:23Mayat mangsa bersama individu yang cedera dibawa ke Hospital Al-Ahli Baptiste selepas sebuah drone Israel menyerang orang awam di
00:32belakang Masjid Imam Al-Shafi'i.
00:35Saksi juga memaklumkan artileri Israel turut membedil kawasan sekitar persimpangan Sanafur di kejiranan Tufah di timur Bandar Gaza.
00:43Pada 27 Mei, sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestine terbunuh, termasuk 2 kanak-kanak perempuan dan 2 wanita.
00:49Manakala 18 lagi cedera dalam satu serangan udara Israel di jalan Omar Al-Muqtah di pusat Bandar Gaza.
00:57Sejak gencatan senjata berkuat kuasa lebih 7 bulan lepas, serangan Israel telah mengorbankan 910 rakyat Palestine dan mencederakan 2,747
01:06yang lain.
01:08Secara keseluruhan, serangan Israel di Gaza mengorbankan lebih 72,000 rakyat Palestine dan mencederakan lebih 172,000 yang lain.
01:19Terima kasih.
Comments