00:00Aidiladha merupakan hari yang menyatukan masyarakat melalui semangat ibadah, pengorbanan dan kebersamaan.
00:07Ketua Menteri Datuk Seri Haji J. Nur memberitahu ibadah korban yang dilaksanakan tahun ini juga
00:12diharap dapat membawa keberkatan dan menyemai semangat saling membantu dan prihatin dalam masyarakat di Sabah.
00:19Haji J. yang menunaikan solat sunat Aidiladha bersama penduduk di Masjid Haji Nur, Kampung Serusup, Tuaran pada Rabu
00:25turut menyempurnakan majlis penyerahan lembu korban di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran.
00:30Haji J. hadir bersama Ahli Parlimen Tuaran yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Tamparuli,
00:35Datuk Seri Wilford Majus Tangau, membantu Menteri kepada Ketua Menteri Merangkak Adun Kiyulu,
00:40Datuk Joniston Bangkwai, Adun Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan Adun Dilantik, Datuk Abdul Qasim Razali
00:46secara simbolik menyerahkan lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintenden Nur Aydin Awang Maidin.
00:53Dalam hantaran di Facebook rasmi beliau, Haji J. turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat
00:59dalam menjayakan program korban pada tahun ini, termasuk warga PDRM, jawatan kuasa masjid dan para penyumbang.
01:06Haji J. turut mengambil peluang beramah mesra dengan jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidiladha.
Comments