00:00Gesaan seorang pemimpin bersatu untuk menghidupkan segera cadangan penubuhan Majlis Presiden Perikatan Nasional atau PN mungkin tidak lagi relevan, terutama
00:11bagi PAS yang kedudukannya semakin dominant, kata penganalisis.
00:15Shazah Syukri berpandangan PAS mungkin tidak lagi mempunyai insentif kuat menyokong penubuhan Majlis Presiden kerana parti itu sudah menguasai hala
00:257PN susulan pelantikan naib Presiden Ahmad Sam Suri Mukhtar sebagai pengerusi menggantikan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.
00:33Menurut penganalisis Universiti Islam Antarbangsa Malaysia atau UIAM itu, PAS mungkin tidak mahu ada mekanisme lain untuk pengurusan gabungan berkenaan
00:44sekiranya ia boleh menggugat kedudukan pengerusi PN.
00:47Terdahulu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi atau MPT Bersatu Malaysia, Afif Bahardin, kembali membangkitkan cadangan penubuhan Majlis Presiden Perikatan Nasional yang
00:58mula dicetuskan Januari lalu, susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi ketika krisis politik di Perlis.
01:06Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia pula berkata, penegasan Hadi dalam beberapa isu termasuk dawaan bersatu menolak permohonan parti baharu
01:17kerana dikatakan bimbang bakal menjadi platform bagi Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainuddin menunjukkan kekuatannya.
01:24Menurutnya PAS yang mempunyai wakil rakyat teramai dengan 43 Ahli Parlimen selain menguasai tiga kerajaan negeri, kini boleh diibaratkan abang
01:34besar dalam PN.
01:35Kedijai Juno, FMT
Comments