00:00Kerajaan mengambil langkah segera menyediakan peluang pekerjaan alternatif sebagai usaha membantu rakyat yang berdepan kehilangan pekerjaan.
00:07Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
00:09perkara itu sudah pun dibawa keperhatian Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara M10 untuk perbincangan.
00:15Katanya, kerajaan akan menyediakan pekerjaan alternatif memandangkan terdapat banyak peluang baru terutamanya bagi anak muda.
00:24Sebab ada peluang pekerjaan baru dan kita harus salurkan supaya ada sinergi di antara pelaburan baru yang masuk,
00:33terutama di pantai barat, di Perak, Pulau Pinang, Kulim Hightech, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
00:46Itu ketumpuan dan sekarang ada perkembangan baru di Sarawak.
00:49Jadi dalam mungkin satu dua minggu ini akan ada satu acara lain untuk memulihkan dan menyediakan beberapa peluang pekerjaan baru
00:59terutama bagi anak-anak muda.
01:01Mengulas bidang pekerjaan yang menjadi tumpuan ketika ini, beliau berkata,
01:06sektor teknologi maklumat dan kecerdasan buatan antara bidang baru yang mempunyai permintaan tinggi.
01:12Dia kalau takkan ini belum merisaukan tetapi kalau lihat dari segi kira-kira mula,
01:19setiap kehilangan pekerjaan bagi seorang dalam keluarga dia itu tentunya merunsingkan.
01:25Jadi kita cuba menanganinya dengan sebaik mungkin.
01:28Pada Isnin, Menteri Ekonomi Akman Nasrullah Mahmud Nasir berkata,
01:33seramai 7,057 pekerja dilaporkan kehilangan pekerjaan pada April lalu
01:38meningkat sebanyak 21% berbanding 5,855 kes pada Mac.
01:45Beliau berkata, perkembangan itu perlu diberi perhatian walaupun jumlah berkenaan lebih rendah berbanding awal tahun.
Comments