00:00Seorang murid tahun 6 yang meninggal dunia selepas rebah ketika menghadiri perhimpunan bulanan di Dewan Sekolahnya di Kelang, Selangor pada
00:07Jumaat,
00:08dilaporkan pernah mengadu sakit dada kepada bapanya kira-kira dua minggu lalu.
00:13Ketua Polis Teherah Kelang Utara, Asisten Komisional S. Vijaya Rau berkata,
00:18mangsa kemudian dibawa mendapatkan rawatan di klinik sebelum disahkan berada dalam keadaan sihat.
00:24Bagaimanapun katanya punca sebenar kematian hanya dapat dipastikan selepas laporan bedah siasat diperoleh.
00:31Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah dikesan.
00:38Mengulas lanjut, beliau memberitahu mangsa merupakan anak tunggal kepada seorang anggota polis berpangkat korporal
00:44yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kelang Utara.
00:48Setakat ini, polis sudah merakam keterangan guru besar sekolah berkenaan dan bapa mangsa.
00:53Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi Jumaat, mangsa dilaporkan pingsan ketika perhimpunan
00:59di Dewan Sekolah sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang.
01:03Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.
Comments