00:00Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan pelan bagi memastikan kesinambungan bekalan minyak dalam negara dalam masa terdekat.
00:09Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Naseh berkata setakat ini, kerajaan memberi jaminan bekalan minyak negara kekal mencukupi sehingga Jun,
00:17manakala Petronas kini berada pada peringkat akhir untuk memuktamadkan bekalan seterusnya.
00:23PM pun telah nyatakan sumber-sumber baru yang kita tengah finalis ini tapi insyaAllah beliau akan kemukakan jadual seterusnya untuk
00:32bekalan minyak dalam negara ini.
00:36Jelasnya kerajaan meneliti sumber baharu bekalan minyak susulan pergantungan semasa terhadap bekalan dari Asia Barat
00:43selain memperkukuh daya tahan operasi negara bagi menghadapi gangguan bekalan global.
00:48Beliau menambah kapasiti simpanan minyak negara ketika ini berada pada peringkat operasi namun pengurusan bekalan yang tersusun
00:54membolehkan negara terus bertahan sekiranya berlaku gangguan laluan perdagangan utama termasuk di Selat Hormuz.
Comments