Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata walaupun terdapat laporan penularan jangkitan berpunca dari sebuah kapal persiaran di negara jiran, situasi itu terkawal dan tidak melibatkan rakyat Malaysia.

Transcript
00:00Kementerian Kesihatan KKM memantau rapi perkembangan penularan jangkitan hantar virus susulan laporan kes pada peringkat global.
00:07Menteri Kesihatan Datuk Sui Dr. Zulkifli Ahmad berkata, walaupun terdapat laporan penularan jangkitan berpunca dari sebuah kapal persiaran di negara
00:15jiran, situasi itu terkawal dan tidak melibatkan rakyat Malaysia.
00:21Menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat, beliau berkata KKM akan terus memantau rapi perkembangan wabak itu pada peringkat global serta
00:28serantau bagi memastikan kesiapsiagaan sempadan dan sistem kesihatan negara berada pada tahap tertinggi.
00:35Hantar virus ialah virus bawaan tikus yang boleh menjangkiti manusia melalui udara tercemar dengan sisa kotoran, air kencing atau air
00:43liu haiwan itu.
00:44Ujah Dr. Zulkifli jangkitan itu tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut dengan kadar kematian bagi sindrom paru
00:52-paru hantar virus HPS boleh mencecah 30 hingga 40%.
00:57Selain itu, Dr. Zulkifli meminta orang ramai merujuk gambar infografik di platform media sosialnya bagi mendapatkan panduan mengenai gejala, cara
01:06penularan dan tata cara pembersihan kotoran haiwan yang selamat.
01:09Berdasarkan infografik itu, antara gejala awal jangkitan ialah demam dan menggigil, sakit otot, sakit kepala serta letih dan lesu, manakala
01:19gejala serius termasuk sesat nafas, tekanan darah rendah serta masalah buah pinggang.
01:24Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended