Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memohon agar Pusat Komuniti Desa (PKD) diselaraskan bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi memperluas program pembangunan dan keusahawanan digital kepada penduduk luar bandar.

Transcript
00:00Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW memohon agar Pusat Komuniti Desa atau PKD diselaraskan bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional, Nadi,
00:10bagi mempeluas program pembangunan dan keusahawanan digital kepada penduduk luar bandar.
00:15Menteri Komunikasi, Dato' Fahmi Fadil berkata, usaha itu mampu memberi lebih banyak peluang kepada komuniti desa untuk memanfaatkan program latihan
00:23dan penjanaan pendapatan yang disediakan melalui Nadi.
00:27Menurut beliau, terdapat sekitar 190 PKD di seluruh negara dan pihaknya akan menyelaras kerjasama bagi mengaktifkan fungsi Pusat Berkenaan bersama
00:36Nadi.
00:37Katanya program keusahawanan yang dijalankan melalui Nadi memberi impak positif kepada penduduk setempat khususnya dalam meningkatkan pendapatan usahawan kecil dan
00:47sederhana di luar bandar.
00:48Antara program yang dilaksanakan termasuk kerjasama dengan platform e-dagang seperti TikTok Shop dan Shopee bagi memberi pendedahan berkaitan pemasaran
00:58digital dan peningkatan jualan.
01:00Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKDW ada dalam satu mesyuarat baru-baru ini telah mohon supaya Pusat Komuniti Desa juga
01:13diaktifkan bersama dengan Nadi.
01:16Terdapat lebih 190 PKD bawah KKDW di seluruh negara maka kita lihat fasa seterusnya mungkin bagaimana kita boleh selaraskan dan
01:28koordinat aktiviti dan ini akan menambahkan lagi peluang untuk rakyat di lebih banyak tempat memanfaatkan program-program di Nadi.
01:39Saya rasa yang paling banyak membantu adalah program keusahamanan. Nadi ada program bersama dengan TikTok Shop dan juga Shopee.
01:51Beliau berkata demikian selepas merasmikan Nadi Teluk Mas serta Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Panel Penasihat Nadi Melaka di Taman Seri
01:59Teluk Mas.
02:00Dalam pada itu, Fahmi berkata Nadi kini turut diperluaskan menerusi program Nadi on Wheels yang membawa aktiviti pembelajaran dan latihan
02:09terus ke kawasan komuniti.
02:11Antara fokus program termasuk literasi digital dan pendedahan berkaitan kecerdasan buatan atau AI.
02:17Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended