Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Dapatan empirikal firma penyelidikan RHB Research menunjukkan peningkatan 1% dalam harga minyak mentah Brent berupaya meningkatkan Indeks Harga Pengguna (CPI) kira-kira 0.01 mata peratusan pada bulan Mei, dan 0.02 mata peratusan pada bulan berikutnya.
Transcript
00:00Risiko kadar dasar semalaman atau OPR dinaikkan masih wujud sekiranya inflasi terus meningkat akibat ketegangan geopolitik global yang berterusan.
00:10Menurut firma pendidikan RHB Research ini khasnya jika konflik di Asia Barat mengekalkan harga tenaga pada paras yang tinggi.
00:19RHB Research berkata inflasi keseluruhan berpotensi meningkat sekitar 3.2% sekiranya harga minyak melonjak kepada $140 Amerika setong.
00:30Dapatan empirical firma itu menunjukkan peningkatan 1% dalam harga minyak mentah brand berupaya meningkatkan indeks harga pengguna CPI kira
00:39-kira 0.01 mata peratusan pada bulan Mei dan 0.02 mata peratusan pada bulan berikutnya.
00:47Pada Khamis, Bank Negara Malaysia mengumumkan pengengkalan kadar OPR pada paras 2.75% sejajar dengan jangkaan pasaran.
00:56Bank Pusat berkata kadar semasa masih sesuai bagi memastikan kestabilan harga berterusan serta menyokong pertumbuhan ekonomi mampan di sebalik peningkatan
01:06ketidaktentuan global.
01:08Pada masa sama firma penyelidikan M-Bank Economics berpendapat, BMM tidak cenderung untuk menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat selagi
01:17risiko inflasi kekal terkawal dan pertumbuhan ekonomi terus disokong oleh permintaan domestik.
01:23Firma itu mengambil kenyataan BNM sebagai panduan masa hadapan di mana Bank Pusat menyatakan pendirian dasar monetari semasa adalah sesuai
01:32dan konsisten dengan prospek kestabilan harga yang berterusan serta pertumbuhan ekonomi mampan.
01:38Ini katanya berbeza dengan kenyataan terdahulu yang mengatakan dasar monetari adalah sesuai dan menyokong ekonomi dalam keadaan kestabilan harga.
01:47Bagaimanapun katanya, Bank Pusat dilihat semakin memberi perhatian kepada risiko kelembapan ekonomi yang berpunca daripada sektor luaran susulan ketidaktentuan geopolitik
01:57global.
01:58Sementara itu, MBSB Research turut menjangkakan inflasi keseluruhan meningkat kepada 2% pada 2026 berbanding 1.4% pada 2025.
02:09Firma penyelidikan itu berkata ketegangan geopolitik yang berlarutan dijangka terus menyokong persekitaran inflasi tinggi untuk tempoh lebih lama didorong oleh
02:19harga tenaga global yang kekal tinggi.
02:21Ia teruk mengekalkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.2% bagi tahun ini namun memberi amaran mengenai risiko penurunan
02:31yang berpunca daripada faktor yang sama di samping perubahan dasar perdagangan AS.
Comments

Recommended