Skip to playerSkip to main content
Sekali suap, terus rasa masam dan pedas yang menyelerakan. Kalau rindu Buhun Goreng yang ibu masak, boleh cuba resipi ni. Tak payah pergi kedai Thai dah, buat sendiri kat rumah pun dah boleh jadi level restoran. Makan panas-panas confirm tambah berpinggan-pinggan dibuatnya.

BIHUN GORENG TOMYAM

Bahan-bahan:

1 bungkus bihun | direndam hingga lembut & toskan
200gm isi ayam
1 cawan air
Minyak masak secukupnya
2 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar serai kisar
1 cawan kubis | dihiris
½ batang lobak merah | dihiris halus
1 ikat sawi | dipotong
3 helai daun limau purut | dikoyak

Bahan Perasa:

3 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Garam secukupnya
Sedikit gula | imbangkan rasa

Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #bihungorengtomyam #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:00Ada yang rindu bihun goreng air tangan ibu?
00:02Haa, kalau rindu, jomlah kita buat sendiri bihun goreng bersih tomiam.
00:06Memang menyelerakan.
00:08Mula-mula kita panaskan minyak.
00:10Tumiskan bawang putih kisah hingga naik bau.
00:12Tambahkan cili kisah dan serai kisah.
00:14Tumis lagi sampai pecah minyak.
00:16Wangi satu dapur kita dengan bau tumisan ni.
00:19Masukkan ayam.
00:20Kacau sampai ayam separuh masak.
00:22Ayam ni saya guna bahagian dada dan dipotong radu.
00:25Lepas tu, boleh masukkan pis tomiam,
00:28sos diram dan sos ikan.
00:30Gaul lah sampai sebati.
00:35Tuangkan sedikit air.
00:36Kacau-kacau sikit.
00:38Masukkan daun lima purut.
00:39Gaul sebati.
00:40Bila masukkan di daun lima purut ni memang wangi terus hidangan kita.
00:44Masukkan lubat merah dan gaul rata.
00:46Kemudian boleh masukkan bihun.
00:48Gaul perlahan-lahan sampai bihun serap kuah dan warna sekata.
00:51Bihun ni tadi saya renam guna air biasa je.
00:53Jangan renam lama sangat takut lembik pula.
00:57Masukkan kubis dan sawi.
00:59Gaul-gaul sebati.
01:01Jangan masak sayur tu lama sangat.
01:02Biarlah ada rangup-rangup sikit.
01:05Perasakan dengan garam dan gula.
01:07Biar balance rasa masam, pedas dan masin.
01:09Gaul-gaul-gaul biar semua bersalut rata.
01:12Ok, dah siap bihun goreng tomiam kita.
01:14Sempena hari ibu hujung minggu ni,
01:16jomlah join kami masak-masak secara live.
01:18Sambil tengok tu, anda boleh terus grab hadiah istimewa untuk ibu tersayang kadbek kuning nanti.
01:23Selamat mencuba.
01:24Ingat makan, ingat rasa.
Comments

Recommended