Skip to playerSkip to main content
'Saya telefon ibu, ayah dan adik banyak kali, akhirnya polis jawab'

“Saya telefon ibu, ayah dan adik banyak kali, akhirnya anggota polis yang jawab dan beritahu keluarga saya terbabit kemalangan.”

Demikian kata Mohd Izat Kamilin, 22, anak kedua daripada empat beradik yang kehilangan ibu, Rubeta Mohd, 51, serta adik perempuannya, Nur Isyirah Syakirah, 14, dalam nahas membabitkan dua buah kereta di kilometer 71 Jalan Johor Bahru-Mersing pada Jumaat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778160/berita/semasa/saya-telefon-ibu-ayah-dan-adik-banyak-kali-akhirnya-polis-jawab

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #KotaTinggi #Johor

Category

🗞
News
Transcript
00:01Saya telefon ibu, ayah dan adik banyak kali.
00:05Akhirnya, anggota polis yang jawab dan beritahu keluarga saya terbabit kemalangan.
00:11Demikian kata Muhammad Izzat Kamilin, 22 tahun,
00:15anak kedua daripada empat beradik yang kehilangan ibu,
00:18Rubeta Muhammad, 51 tahun,
00:21serta adik perempuannya, Nur Issyirah Syakirah, 14 tahun,
00:25dalam nahas membabitkan dua buah kereta di kilometer 71 Jalan Johor Bahru-Mersing pada Jumaat.
00:33Bapanya Kamilin Alias, 56 tahun, yang memandu kereta Proton Persona,
00:39dilaporkan kritikal dan kini sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail HSI Johor Bahru.
00:46Menurutnya, bapa beliau bersama adik dalam perjalanan pulang dari Mersing
00:51selepas menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.
00:55Dalam pada itu, Muhammad Izzat memberitahu,
00:58dia difahamkan kereta yang dipandu bapanya itu berkonvoi
01:01dengan kereta ibu saudaranya ketika pulang dari Mersing.
01:05Bercerita lanjut, Muhammad Izzat berkata,
01:08ibunya tidak menunjukkan sebarang perubahan,
01:10namun adiknya sejak seminggu lalu,
01:13dilihat lebih tenang dan tidak melawan seperti selalu apabila diusiknya.
01:18Tambahnya, jenazah ibu dan adiknya itu dikebumikan di dalam satu liang
01:23di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam pada Sabtu.
Comments

Recommended