00:00Penahanan 175 aktivis misi global Sumut Fertila GSF 2.0 dilihat sebagai pengulangan pola tindakan oleh Israel.
00:09Namun kali ini, rejim itu dalam keadaan yang lebih terdesak.
00:13Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumut Nusantara SNCC, Datuk Sani Arabi berkata,
00:17berdasarkan andaian pihaknya, tindakan tersebut bertujuan menghalang pertemuan atau penggabungan kumpulan aktivis yang berada di Turki.
00:26Kepada sesiapa yang merasakan ini bahawa pengulangan skrip, ini adalah pengulangan pattern kejahatan yang dilakukan oleh rejim Israel.
00:38Cumanya, kali ini nampak begitu terdesak.
00:41Beliau berkata situasi semasa juga dijangka menjadikan proses pembebasan ke semua aktivis terlibat tidak mudah untuk dilaksanakan.
00:48Sani berkata, SNCC telah berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan pendirian tegas kerajaan Malaysia termasuk kecaman
00:56terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh rejim Israel.
01:01Perdana Menteri turut memberi komitmen berterusan dan maksimum bagi usaha membebaskan semua aktivis yang ditahan.
01:07SNCC dimaklumkan juga oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bahawa kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra telah mulakan usaha semaksima mungkin
01:23untuk menghubungi konsul kehormat Malaysia di Gris dan juga sahabat-sahabat negara melalui usaha diplomasi bagi membantu dan juga menyelaraskan
01:39usaha pembebasan khususnya aktivis Malaysia.
Comments