Skip to playerSkip to main content
  • 4 days ago
Pihak Astro AWANI diberi kesempatan untuk berada di kawasan rehat dan rawat yang terletak di Wadi Starah, Arab Saudi di mana lokasi ini menjadi lokasi Jemaah Haji Malaysia akan berhenti sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah.

Hilal Azmi dan Essan Yahya berkongsikan cerita keadaan di lokasi berkenaan.
Transcript
00:00Esrawani diberi kesempatan untuk berada di kawasan Rehat Darawan yang terletak di Wadi Surah, Arab Saudi
00:07di mana ia akan menjadi lokasi jemaah haji Malaysia berhenti sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah.
00:15Untuk mengetahui bagaimana operasi dan keadaan di hantian Rehat Wadi Surah, kita bersama dengan Hilal Azmi.
00:26Baik, terima kasih kepada rakan setugas di pusat penyaraan Asia Bukit Jalil.
00:30Saya bersama dengan Isan Yaya hari ini dibawa ke satu lokasi khas iaitu sebuah RNR, kawasan Rehat dan Rawat yang
00:37namanya adalah Wadi Surah.
00:40Wadi Surah ini adalah lokasi boleh kata tengah-tengah antara perjalanan dari Madinah ke Mekah sekitar 200km
00:47sebab antara Madinah ke Mekah ini 400km.
00:49So, sini adalah lebih kurang 250km dari Mekah dan 250km daripada lebih kurang tu lah.
00:56Dan di sini biasanya jemaah-jemaah haji Malaysia akan dibawa untuk berehat sebentar.
01:03Separuh perjalanan mereka sebelum meneruskan perjalanan terus ke Mekah Al-Mukarrumah.
01:09Dan kalau kita tengok dekat sini sebenarnya, ini adalah tahun pertama pihak tabung haji menjalankan operasi di sini
01:17yang dinamakan sebagai operasi pusat panggilan kecemasan lebuh raya.
01:22Sebab apa?
01:23Bila musim haji ada 30,000, lebih 30,000 jemaah Malaysia yang hadir dan mereka separuh daripadanya,
01:3015,000 daripadanya akan bergerak daripada Madinah ke Mekah sebab penerbangan mereka akan turun di Madinah bagi separuh yang pertama.
01:38Jadi, apa yang berlaku adalah mereka ini akan terus dibawa ke Mekah dan biasanya mereka akan dalam keadaan berpakaian ihram
01:46seperti yang anda tengok di belakang saya pada ketika ini.
01:49Jadi, pastinya perjalanan yang panjang ini juga pastinya cukup meletihkan juga kadang-kadang.
01:54Jadi, mereka dibawa berehat ke sini untuk refresh diri mereka, pergi ke tandas, solat zuho dan asal terus jamak di
02:01sini
02:02dan juga mungkin boleh juga makan tengah hari dekat sini.
02:05Jadi, ini adalah antara perkembangan yang bagi saya cukup baik untuk kita tengok jemaah yang dibawa
02:14dan untuk memastikan keselamatan jemaah sebab perjalanan yang panjang di lebuh raya ini pastinya akan ada banyak cabaran.
02:21Tiba-tiba tayar pecah, bas rosak, air kon rosak.
02:25Jadi, pihak tamu haji mahu pastikan jemaah-jemaah kita berada dalam keadaan yang cukup selamat,
02:32cukup sifatnya tanpa perlu memikirkan tentang keselamatan mereka.
02:38Dan pihak keluarga juga tak perlu fikirkan tentang keselamatan mereka
02:41sebab bila mana berlaku cabaran kepada bas ini, pihak tabung haji menerusi petugas mereka
02:49akan menjadi yang pertama berada di lokasi untuk memastikan kesemua jemaah itu berada dalam kelas amat.
02:53Kalau ada jemaah-jemaah yang perlukan bantuan, kesihatan dan sebagainya,
02:58doktor akan terus dihantar ke lokasi tersebut dan sekiranya perlu pertukaran bas berlaku,
03:03maka bas akan ditukarkan.
03:05Itu kalau berlaku.
03:06Alhamdulillah, setakat hari ini, kalau anda tengok belakang saya ini KT07, ini KT08,
03:12semuanya selamat sampai.
03:13InsyaAllah mereka akan terus ke Mekah, check-in di hotel dan kemudian meneruskan umrah yang pertama mereka.
03:20Dan itu antara perkembangan laporan haji 2026 untuk saya bawakan pada hari ini.
03:26Laporan saya Hilal Azmi dan juga Ersan Yaya kembali dulu kepada rakan tugas di Pusat Penyiaran Asia.
Comments

Recommended