00:00Nestle Malaysia mencatat peningkatan untung bersih kepada RM205.1 juta pada suku pertama tahun ini berbanding RM161.3 juta pada
00:11tempoh sama tahun lalu.
00:14Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, perolehan Nestle Malaysia meningkat kepada RM1.88 bilion berbanding RM1.77 bilion sebelum ini.
00:26Prestasi itu disandarkan kepada asas perniagaan kukuh serta pelaksanaan berdisiplin dalam persekitaran pasaran yang dinamik.
00:35Pertumbuhan itu disokong permintaan domestik yang berdaya tahan terutama sepanjang musim perayaan selain sumbangan berterusan daripada pasaran ekspor.
00:44Syarikat itu berkata prestasi tersebut mencerminkan kekuatan portfolio jenama yang pelbagai serta kesesuaian produknya merentasi pelbagai segmen pengguna.
00:55Mengenai prospek 2026, Nestle menjangkakan persekitaran luar terus berdepan ketidakpastian namun kekal yakin terhadap keupayaan asasnya untuk mengekalkan kemampanan perniagaan.
01:08Katanya, rangkaian pembuatan tempatan, pengedaran menyeluruh dan keupayaan rantaian bekalan yang kukuh menjadi asas untuk mencapai satu lagi tahun prestasi
01:18komersial dan kewangan yang berdaya tahan.
01:21Bagi tahun kewangan semasa, tumpuan akan diberikan kepada pengurusan kos secara berdisiplin, mengekalkan keboleh capaian jenama dan menyokong pertumbuhan jangka
01:31panjang yang mampat.
Comments