Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, ia termasuk dana khas untuk membantu menyediakan modal kerja, serta bantuan bayaran balik pinjaman.
Transcript
00:00Dan di Malaysia, bantuan sudah tersedia kepada peniagaan kecil dan sederhana, PKS, yang terjejas dengan konflik Asia Barat.
00:07Gubernur Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rashid Ghafo, berkata ia termasuk dana khas untuk membantu menyediakan modal kerja serta
00:16bantuan bayaran balik pinjaman.
00:20Katanya dana khas tersebut bertumpu kepada membantu perniagaan yang menghadapi gangguan operasi dan cabaran aliran tunai.
00:27Manakala bantuan bayaran balik pinjaman termasuk pilihan perinstrukturan semula atau penjadualan semula bagi peminjam yang terjejas.
00:35Justeru perniagaan yang menghadapi kesukaran pembayaran balik digalakkan menghubungi bank masing-masing lebih awal untuk mempertimbangkan pilihan bantuan yang disediakan
00:45termasuk menangguhkan bayaran ansuran buat sementara waktu atau menyemak semula jadual pembayaran balik.
00:51Bulan lalu, BNM memperkenalkan kemudahan bantuan kestabilan PKS iaitu pembayaran berjumlah RM5 bilion untuk membantu PMKS yang terjejas dengan konflik
01:01semasa.
01:02Ia bertujuan melengkapkan bantuan sedia ada yang disediakan oleh industri perbankan dalam membantu kelompok syarikat itu berdepan ketidaktentuan global yang
01:11meningkat.
01:12Rashid menambah cabaran yang dibawa oleh konflik Asia Barat amat berbeza dengan pandemik COVID-19.
01:18Katanya sekatan pergerakan yang dilaksanakan sewaktu COVID-19 menjejaskan semua sektor, sementara konflik semasa lebih tertumpu kepada beberapa sektor tertentu,
01:28terutamanya yang amat bergantung kepada minyak, diesel serta produk berasaskan minyak mentah.
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended