Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Beberapa sekolah di daerah Pendang dilaporkan terlibat dalam kejadian ribut yang melanda beberapa daerah di Kedah, petang Isnin.
Transcript
00:00Beberapa sekolah di daerah Pendang dilaporkan terlibat dalam kejadian ribut yang melanda beberapa daerah di Kedah pada petang Isnin.
00:08Sumber Jabatan Pendidikan Negeri JPN Kedah yang dihubungi bernama memaklumkan, setakat ini sekolah disahkan terlibat ialah Akademi Sains Pendang,
00:18Sekolah Kebangsaan Haji Mat Arif, SK Payamat Inson dan Maktab Rendah Sains Mara MRSM Pendang.
00:25Difahamkan terdapat beberapa sekolah di daerah lain turut terjejas akibat ribut berkenaan, bagaimanapun maklumat sebenar sekolah yang terlibat dan kerosakan
00:35yang dialami masih belum diperoleh.
00:37Sebelum itu, Angkatan Pertahanan Awam APM Kedah dalam kenyataan memaklumkan bahawa tiga daerah iaitu Pendang, Bandar Baru dan Kubang Pasu
00:46dilaporkan dilanda ribut setakat 9.30 malam tadi.
00:49Kejadian awal petang itu menyebabkan beberapa rumah, bangunan termasuk premis kerajaan mengalami kerosakan terutamanya pada bahagian bumbung selain banyak pokok
00:59dilaporkan tumbang sehingga menghalang laluan.
01:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended