Skip to playerSkip to main content
DIY 'Cake Stand' Mudah Guna Pinggan & Mangkuk!

Bagi yang sering mengadakan majlis makan-makan di rumah, jika tiada 'cake stand' untuk letak kek atau kuih muih, boleh buat sendiri je guna pinggan dan mangkuk yang ada. Memang mudah dan jimat bajet, malah boleh juga dijadikan penyeri hiasan meja makan yang cantik. Ikut trik ini.

Pilihan warna pinggan dan mangkuk yang berbeza boleh menghasilkan cake stand yang unik dan estetik. Ikut kreativiti dan pilihan citarasa masing-masing.

Selamat Mencuba!

Ingat Makan Ingat RASA

#RASA #rasashare #DIYcakestand #trikDapur #DIYbajet #ingatmakaningatrasa
Transcript
00:02DIY kek stand mudah guna pinggan dan mangkuk
00:06Bagi yang sering mengadakan majlis makan-makan di rumah
00:08Jika tiada kek stand untuk letak kek atau kuih muih
00:12Boleh buat sendiri je guna pinggan dan mangkuk yang ada di rumah
00:15Memang mudah dan jimat bajet
00:17Malah boleh juga dijadikan penyeri hiasan meja makan yang cantik
00:22Ikut trik ini
00:23Mula-mula, lap permukaan pinggan dan mangkuk supaya bersih dan kering sepenuhnya
00:28Agar gam dapat melekat dengan kuat nanti
00:30Boleh gunakan material seperti melamin, ceramik, kaca dan sebagainya
00:35Penting pastikan tapak mangkuk cukup lebar untuk kestabilan pinggan
00:40Selepas itu, terbalikkan mangkuk dan sapu gam pada bahagian tapak mangkuk yang akan menyentuh pinggan
00:45Kemudian, letakkan mangkuk yang disapu gam di tengah-tengah bahagian bawah pinggan
00:50Tekan dengan kuat selama beberapa minit
00:52Akhir sekali, biarkan gam kering sepenuhnya sebelum digunakan untuk meletakkan kek atau kuih ini
00:59Siap!
01:00Pilihan warna pinggan dan mangkuk yang berbeza boleh menghasilkan kek stand yang unik dan estetik
01:06Ikut kreativiti dan pilihan cita rasa masing-masing
01:09Selamat mencuba!
01:11Ingat makan, ingat rasa!
01:13Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended