Skip to playerSkip to main content
  • 21 hours ago
Ikuti laporan Hilal Azmi dan Essan Yahya yang kini berada di Mekah mengikuti rapat perkembangan terkini pergerakan Jemaah Haji Malaysia.

Ketika ini, kumpulan pertama dari penerbangan KT001 telah selamat tiba ke Mekah dari Madinah.

Seramai 260 jemaah kumpulan KT01 tiba pada 4.30 petang Khamis waktu tempatan dan ditempatkan di Hotel Abraj Al Tayseer yang turut menjadi ibu pejabat operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Makkah.
Transcript
00:00Terima kasih kerana menonton!
00:30Kita terus bersama Hilal Azmi di sana.
01:00Setelah selamat tiba di bumi Mekah Al-Mukarramah ini, kalau anda boleh lihat di belakang saya pada ketika ini, mereka
01:05sedang bersedia mendengar taklimat, mengingatkan kembali bagaimanakah proses terusnya untuk mereka lakukan bagi melengkapkan umrah pertama mereka juga pada hari
01:15ini.
01:16Dan mereka ini adalah antara jemaah yang cukup bertuah. Sebab apa bagi saya, jemaah-jemaah Malaysia sebenarnya jemaah yang cukup
01:23bertuah kerana ditatang bagaikan minyak yang penuh.
01:27Ketibaan mereka sebentar tadi tiba dalam keadaan berihram selepas mereka bermikat telahpun disambut oleh kesemua petugas-petugas haji termasuk juga
01:39petugas-petugas mosin yang turut sama membantu mereka untuk memastikan kebajikan dan juga fokus kepada ibadah haji ini dapat diteruskan
01:50oleh kesemua jemaah haji pada ketika ini.
01:53Dan kami di Esra Awani turut sama bersama dengan petugas-petugas media yang lain terus mengikuti rapat perkembangan dari masa
02:01ke masa sebab apa bukan sahaja di lokasi yang kami berada ini tetapi juga kumpulan-kumpulan seterusnya juga sedang mula
02:09tiba di Mekah Al-Mukarrumah pada tahun ini.
02:12Tetapi turut diingatkan kepada semua jemaah-jemaah yang mungkin juga akan mula tiba pada esok, lusa, tulat sehinggalah ke hari
02:20kemuncak di Arafah nanti.
02:22Kita kena ingat penguatkuasaan oleh pihak kerajaan Arab Saudi pada ketika ini cukup ketat.
02:27Saya dengan Ehsan sendiri sebenarnya untuk keluar ke kedai 100 meter dari kawasan hotel ini sahaja pun tetap mendapat ataupun
02:36disemak oleh pihak penguatkuasa yang berada di kawasan sekeliling ini.
02:40Sebab apa? Ini adalah penting untuk memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah kita yang berada di bumi tanah haram ini, bumi
02:51berkah ini untuk memastikan mereka terus terjaga kebajikan mereka.
02:55Dan juga keselesaan jemaah juga itu yang paling penting. Sebab itu pihak penguatkuasa Arab Saudi melakukan penguatkuasaan yang cukup ketat
03:04pada ketika ini.
03:05Siapa yang ada nusuk sahaja ataupun kad nusuk ataupun kad pengenalan diri jemaah haji yang mempunyai visa haji yang sah
03:12sahaja boleh berada di tanah haram.
03:16Baik, saya rasa itu antara perkembangan yang boleh saya kongsikan kepada anda semua.
03:19Terus ikuti kami di semua platform media sosial dan juga laporan harian.
03:25untuk laporan haji tahun 2026.
03:27Sekian sahaja laporan saya Hilal Azmi dan juga Isai Nyaya kembali kepada rakan setugas di Pusat Penyiaran Asia Bukit Jalin.
03:33Terima kasih.
Comments

Recommended