00:00Dalam pada itu, Presiden Donald Trump mengarahkan tentera laut Amerika Syarikat untuk menembak mana-mana kapal yang memasang periuk api
00:07di Selat Hormuz.
00:08Perkara itu dimaklumkan Trump dalam hantarannya di platform True Social.
00:15Kenyataan itu dibuat seminggu selepas Trump mendakwa Teheran telah mengalihkan atau sedang mengalihkan semua periuk api laut.
00:21Selepas Amerika Syarikat mula menyerang Iran pada 28 Februari lepas, Iran bertindak balas dengan menyekat Selat Hormuz serta mengancam untuk
00:29menyerang mana-mana kapal yang tidak mendapat kebenaran untuk melalui laluan air berkenaan.
00:34Sekatan itu telah menyebabkan gangguan besar kepada peringangan global, menyebabkan harga tenaga melonjak tinggi dan mencetuskan pelbagai langkah segera bagi
00:42mengelakkan kekurangan bekalan bahan api.
00:44Pembukaan semula Selat Hormuz menjadi isu utama yang sukar dicapai dalam rundingan untuk menamatkan peperangan selepas gencatan senjata selama dua
00:52minggu bermula pada 8 April.
00:54Beberapa hari kemudian, Amerika melaksanakan sekatan yang menjejaskan kapal-kapal yang datang dari atau menuju ke pelabuhan Iran ketika Washington
01:03cuba memutuskan sumber pendapatan utama Teheran.
01:06Trump secara unilateral melanjutkan gencatan senjata pada Selasa, namun sekatan oleh pihak Amerika tetap diteruskan.
Comments