Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dilaporkan positif dadah selepas dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dipervayai termakan gula-gula disyaki mengandungi bahan terlarang itu.
Transcript
00:00Kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun yang dilaporkan positif dadah selepas dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dipercayai termakan gula
00:09-gula disyaki mengandungi bahan telarang itu.
00:13Ketua Polis Melaka Dato' Zulkairi Mukhtar berkata gula-gula tersebut dipercayai milik suspek berusia 39 tahun yang juga pempengaruh terkenal
00:22yang ditahan sebelum ini.
00:25Zulkairi ketika dihubungi berkata suspek mendakwa membeli gula-gula tersebut dari negara jiran sebelum menyimpannya di dalam peti ais rumah
00:33ibunya yang juga pengasuh kepada kanak-kanak perempuan itu.
00:37Bagaimanapun tanpa disedari kanak-kanak berkenaan telah mengambil dan memakannya sebelum mangsa tidak sedarkan diri walaupun telah beberapa kali dikejutkan
00:46dan terus dibawa ke hospital Melaka untuk menerima rawatan.
00:49Polis pada Rabu memaklumkan telah menahan seorang pempengaruh media sosial lelaki terkenal bagi membantu siasatan kis seorang kanak-kanak perempuan
00:58berusia 3 tahun yang didapati positif dadah selepas menerima rawatan di hospital Melaka minggu lalu.
01:05Siasatan dijalankan susulan laporan pegawai perubatan hospital Melaka yang menerima mangsa dalam keadaan separuh sedar pada 14 April kira-kira
01:13jam 5 petang.
01:14Katanya ibu mangsa memaklumkan anaknya diambil dari sebuah rumah pengasuh di Sungai Putat sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
01:24Hasil ujian saringan air kencing ke atas mangsa mendapati kanak-kanak tersebut positif bahan telarang jenis THC.
01:31Kis disiasat mengikut Seksyen 31-1-A Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda
01:41maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended