Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Vietnam dan Korea Selatan bersetuju memperkukuh kerjasama dalam tenaga nuklear dan teknologi tinggi selepas pemimpin kedua-dua negara memeterai 12 dokumen kerjasama di Hanoi. Langkah ini bertujuan mengukuhkan rantaian bekalan dan keselamatan tenaga di tengah ketidaktentuan perdagangan global.
Transcript
00:00Vietnam dan Korea Selatan bersetuju memperkukul kerjasama dalam tenaga nuklear dan teknologi tinggi bagi menghadapi ketidaktentuan perdagangan global.
00:10Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan antara pemimpin tertinggi Vietnam, Tho Lam dan Presiden Korea Selatan Lee Jae-myung di Hanoi,
00:18Paderabu yang merupakan pertemuan mereka berdua sejak Ogos lalu.
00:24Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin menyaksikan pemerintah 12 dokumen tidak mengikat, merangkumi kerjasama dalam bidang tenaga, teknologi dan keselamatan.
00:33Antara tumpuan utama ialah kesepakatan untuk mengkaji kemungkinan kerjasama dalam pembangunan dan pembiayaan logi tenaga nuklear sebagai sebagian usaha Vietnam
00:42memenuhi keperluan tenaga domestik yang semakin meningkat.
00:45Vietnam yang merupakan ekonomi paling pesat berkembang di asal negara berdepan cabaran untuk menampung permintaan tenaga selepas pertemuan pesat sektor
00:53perindustrian dan pembuatan.
00:56Korea Selatan pula merupakan pelabur asing terbesar di Vietnam dengan beberapa syarikat multinasional Korea mengendalikan operasi pembuatan berskala besar di
01:04negara itu khususnya dalam sektor elektronik dan teknologi tinggi.
01:08Vietnam yang mengekspor sebagian besar produknya ke Amerika Syarikat kini berdepan tekanan daripada Washington untuk mengurangkan kebergantungan terhadap komponen elektronik
01:17dari China.
01:19Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, White House dilaporkan meningkatkan pemantauan terhadap kemungkinan barangan China dialihkan melalui Vietnam bagi mengelakkan tarif
01:28Amerika.
01:29Kerjasama strategik dengan Korea Selatan dilihat sebagai langkah penting bagi Vietnam untuk mempertingkat kepelbagaian rantai yang bekalan selain mengukuhkan pembangunan
01:38teknologi bernilai tinggi dan keselamatan tenaga jangka panjang.
01:42Terima kasih.
01:44Terima kasih.
Comments

Recommended