Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Bekas penerbit berpengaruh Havey Weinstein dihadapkan semula ke makhamah di New York pada Selasa atas pertuduhan merogol.
Transcript
00:00Bekas penerbit berpengaruh Harvey Weinstein dihadapkan semula ke mahkamah di New York pada selasa atas pertuduhan merogol.
00:09Pada 2013, beliau yang berusia 74 tahun itu didakwa merogol seorang pelakon wanita di sebuah hotel di Manhattan.
00:20Media AS melaporkan kenyataan pendakwa raya yang berhujah bahawa kes itu dihadapkan berdasarkan tertuduh menggunakan kuasa mengawal dan manipulasi mangsa.
00:30Peguam Weinstein menegaskan yang hubungan itu berlaku pada ketika itu adalah secara sukarela.
00:35Pada 2020, Weinstein sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 23 tahun atas kesalahan rogol dan perbuatan seksual jenayah.
00:43Namun, sabitan itu dibatalkan pada 2024 berikutan kesilapan prosedur.
00:48Perbicaraan semula pada tahun lalu berakhir dengan keputusan bercampur apabila juri mensabitkannya atas kesalahan seksual serius terhadap seorang wanita.
00:55Namun, membebaskannya daripada pertuduhan berasingan melibatkan seorang lagi wanita.
01:00Juri pada ketika itu gagal mencapai keputusan bagi satu lagi pertuduhan yang kini dibicarakan semula.
01:06Dalam kes berasingan di California pada 2023, Weinstein dijatuhi hukuman tambahan 16 tahun penjara.
01:12Lebih 100 wanita tampil membuat dawaan serangan seksual dan gangguan terhadap Weinstein
01:17yang mencetuskan gerakan media sosial tular tanda pagar MeToo pada 2017.
01:21Terima kasih.
Comments

Recommended