Skip to playerSkip to main content
  • 2 hours ago
Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menahan dua kapal kargo, MSC Francesca dan Epaminondas di Selat Hormuz tanpa tembakan, dakwa ada kaitan dengan Israel.
Transcript
00:00Kor Pagawal Revolusi Islam Iran IRGC sahkan telah menahan dua buah kapal cargo tanpa melibatkan serangan ketenteraan yang melalui perairan
00:09selat humus pada awal pagi Rabu.
00:12IRGC dalam kenyataannya seperti dilaporkan agensi berita Tasnim berkata, kedua-dua buah kapal tersebut ialah MFC Francesca dan Epaminondas didakwa
00:23mempunyai kaitan dengan rejim Zionis Israel.
00:28Angkatan itu turut mengesahkan kedua-dua buah kapal itu telah beroperasi tanpa kebenaran Iran dan melanggar peraturan maritim serta memanipulasi
00:37sistem bantuan navigasi.
00:39Difahamkan kapal MFC Francesca didaftarkan di bawah negara Panama manakala Epaminondas pula daripada negara Greece.
00:46Kenyataan itu turut berkata kapal-kapal itu juga melakukan cubaan untuk keluar dari selat humus secara rahsia sebelum dikesan oleh
00:52unit tentera laut IRGC yang sedang mengawal perairan strategik itu.
00:57IRGC turut menegaskan sebarang percubaan untuk melanggar undang-undang maritim atau enggan mengikuti garis panduan keselamatan navigasi terutama ketika konflik
01:06akan berdepan dengan tindakan oleh Republik Islam.
01:08Pada 19 April, tentera Amerika Syarikat bertindak menyerang dan merampas kapal kargo Tuska milik Iran ketika Washington dan Tehran sedang
01:16mengadakan gencatan senjata sementara untuk rundingan yang berlangsung di Pakistan.
Comments

Recommended