Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Pengasas dan pengurus sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menjalankan operasi tanpa perakuan pendaftaran yang sah pada Januari lepas.
Transcript
00:00Pengasas dan pengurus sebuah taman asuhan kanak-kanak TASKA mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistret Shah Alam pada Rabu atas
00:08pertuduhan menjalankan operasi tanpa perakuan pendaftaran yang sah.
00:13Pengasas Datin Nur Fadila Alias dan pengurus Nurul Farhana Ramli membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistret Muhammad
00:23Syafiq Sulaiman.
00:26Mengikut pertuduhan mereka secara bersama didakwa menjalankan operasi tanpa perakuan pendaftaran sah daripada Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat di sebuah
00:35TASKA di Seksyen 3 Syah Alam sekitar jam 3.54 petang pada 21 Januari lepas.
00:42Kedua-dua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun
00:50Kesiksaan.
00:51Mereka masing-masing turut menghadapi pertuduhan menjalankan operasi TASKA tidak berdaftar di Kota Kemuning Syah Alam pada jam 12.30
00:59tengah hari 19 Januari lepas.
01:02Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 6 Kurungan 1 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.
01:09Selain itu, Nurul Farhana turut didakwa satu lagi pertuduhan iaitu cuai dengan membahayakan nyawa seorang kanak-kanak di bawah jagaannya
01:17sehingga terkurung di dalam bilik sebuah TASKA di Seksyen 3 Syah Alam pada jam 4.32 petang 6 Oktober 2025.
01:25Dia dituduh di bawah Seksyen 336 Akta Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 3 bulan atau denda maksimum RM500.
01:35Timbalan pendakwa raya Muaz Kawarizmi Azafar menawarkan jaminan RM6,000 bagi setiap pertuduhan.
01:42Muhammad Syafiq kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 25
01:50Mei ini untuk sebutan semula kes.
01:53Terima kasih.
Comments

Recommended