Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Di sebalik musibah yang melanda, semangat menuntut ilmu tetap utuh dalam kalangan anak-anak mangsa kebakaran yang kehilangan hampir segala-galanya.
Transcript
00:00Namun di sebalik musibah yang melanda, semangat menuntut ilmu tetap utuh dalam kalangan anak-anak mangsa kebakaran yang kehilangan hampir
00:10segala-galanya.
00:11Walaupun hanya tinggal dengan pakaian di badan dan bergantung kepada sumbangan orang ramai, mereka tetap bersemangat untuk hadir ke sekolah
00:19seperti biasa.
00:22Bagi Nursia Rahadi, 38 tahun yang ditemui di Pusat Penempatan Sementara PPS SK Bahagia, kebakaran itu bukan sahaja meranapkan rumahnya,
00:32manakala memusnahkan semua kelengkapan persekolahan anak-anak termasuk buku, beg dan pakaian sekolah.
00:39Anak-anak yang mahu, mereka ni jenis yang memang tidak mahu bercuti.
00:43Ya, bila dia nampak kawan-kawan dia pergi sekolah juga, walaupun tiada apa-apa, dia bilang,
00:49Mak, hantarlah saya pergi sekolah.
00:51Ya, jadi saya pun memang tidak akan paksa anak-anak.
00:54So, itu hari terakhir diorang eksem.
00:57Ya, jadi dia turun.
00:59Walaupun kaki dia luka-luka, mungkin masa malam kejadian itu dia berlari kan, luka memang kaki-kaki dia kan.
01:06Jadi, dia tetap hadir juga pergi sekolah.
01:09Selain kehilangan tempat tinggal, Norsia berkata mereka juga gagal menyelamatkan dokumen penting termasuk sijil lahir anak-anak,
01:17sijil nikah serta dokumen peribadi lain tetapi sempat membawa MyCard dan MyKid anak-anak.
01:23Dalam keadaan serba kekurangan, beliau berharap lebih banyak bantuan khususnya kelengkapan persekolahan
01:29seperti pakaian sekolah dan alat tulis dapat disalurkan agar anak-anak dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.
01:35Dia dah pakai apa-apalah, cuma baju saja tiada bawa apa-apalah.
01:39Ini sumbangan peribadi daripada guru kelas dia, Ustazah Aouni.
01:45Di petangnya dia bawa dia keluar, dibelikan dia bag dengan buku, sama baju lah dia dibelikan dia baju sehelai lah,
01:54baju biasa.
01:56Yang baju sekolah ini sumbangan dari sekolah SK Gas lah.
01:59Masa dia pergi turun itu kan dibagilah baju.
02:01Yang itu saya berharap lah dapat sumbangan macam baju sekolah dia itu kan
02:09dengan sebab anak-anak ni, tahu lah, diorang ni memang jenis yang rajin ke sekolah.
Comments

Recommended