Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berpandangan Apple tidak akan mencapai tahap kejayaan seperti hari ini sekiranya masih diterajui mendiang Steve Jobs. Menurut Trump, meskipun Steve Jobs merupakan tokoh penting Apple, pencapaian syarikat itu di bawah kepimpinan Tim Cook adalah jauh lebih cemerlang. Kenyataan tersebut dibuat susulan pengumuman Apple mengenai peralihan kepimpinan tertinggi syarikat bermula September 2026.
Transcript
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memaklumkan syarikat gergasi telekomunikasi Apple tidak akan mendapat kejayaan seperti hari ini jika ia masih
00:08diterajui oleh mendiang Steve Jobs.
00:10Trump dalam satu kenyataan di Truth Socialnya berkata, walaupun Apple menunjukkan prestasi baik di bawah kepimpinan Jobs, pencapaian tidak akan
00:18tertanding dengan apa yang pernah diraih di bawah pimpinan Tim Cook.
00:24Selain itu, Trump turut menyatakan bahawa beliau merupakan peminat kepada kedua-dua tokoh Apple berkenaan.
00:31Trump turut mengimbas pengalaman awal penggal pertamanya apabila Cook menghubunginya berkaitan satu masalah besar yang menurutnya hanya dapat diselesaikan oleh
00:41Presiden.
00:42Tambah beliau, Cook turut beberapa kali menghubunginya bagi mendapatkan bantuan berhubung isu-isu lain.
00:49Menurut Trump, beliau merasakan isu yang dibangkitkan Cook berada di pihak yang betul dan berjaya diselesaikan dengan pantas serta berkesan.
00:59Trump turut memuji kejayaan Cook sebagai luar biasa dan yakin individu itu akan terus melakukan kerja cemerlang untuk Apple.
01:08Kenyataan Trump menyusul pengumuman Apple bahawa naik Presiden Kanan Kejuruteraan Perkakasan, John Turnus,
01:14bakal menggantikan Cook sebagai ketua pegawai eksekutif berkuatkuasa pada 1 September 2026.
01:22Apple turut mengumumkan Cook akan beralih ke jawatan pengerusi eksekutif syarikat.
Comments

Recommended