00:00Malaysia sebenarnya mampu meluluskan undang-undang melarang generasi baharu membeli rokok seperti diluluskan Parlimen Britain,
00:08kata bekas Menteri Kesihatan Khairi Jamaluddin yang mendakwa keputusan lalu dipengaruhi kesilapan nasihat oleh peguam negara.
00:16Khairi berkata beliau telah menyediakan peruntukan undang-undang bagi tujuan berkenaan
00:21sebelum meninggalkan Kementerian Kesihatan pada 2022 sesulan pembubaran Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU15.
00:31Namun katanya peruntukan itu digugurkan kerana industri tembakau atau VAP didakwa berjaya mempengaruhi Kabinet untuk menolaknya.
00:40Kenyataan Khairi dipercayai merujuk kepada RUU kawalan produk tembakau dan merokok atau generasi penamat
00:47yang peruntukannya untuk melarang penjualan dan penggunaan produk tembakau kepada individu lahir pada atau selepas 1 Januari 2007
00:55telah digugurkan daripada RUU kawalan produk merokok untuk kesihatan awam 2023.
01:02Menteri Kesihatan Zulkifli Ahmad turut memohon maaf di Dewan Negara atas pengguguran peruntukan itu
01:08yang menurut Jabatan Peguam Negara adalah tidak berperlembagaan.
01:13Peguam Negara ketika itu adalah Ahmad Terry Rudin Muhammad Saleh
01:16yang kini berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
01:20Khadija Chuna, FMT
Comments