00:00Zakat Selangor menegaskan bahawa kes penyelewengan dana yang dilaporkan melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan NGO
00:07tidak mempunyai sebarang kaitan dengan agensi itu atau pengurusan Zakat oleh institusinya.
00:15Menerusi satu kenyataan, Ketua Pengawal Eksekutifnya Muhammad Hazir Shahari memberitahu
00:20memandangkan siasatan masih berjalan, Zakat Selangor tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.
00:26Jelasnya Zakat Selangor berpuas operasi sebagai institusi zakat rasmi negeri Selangor
00:32di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor serta tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan sistem tatbik urus,
00:40kawal selia serta semak imbang yang menyeluruh.
00:43Pengurusan dana Zakat turut melalui pelbagai lapisan audit dan pemantauan
00:48termasuk audit dalaman, audit luaran serta semakan oleh pihak berautoriti bagi memastikan
00:54setiap dana Zakat diurus secara teratur dan terkawal.
00:58Sehubungan itu, Zakat Selangor mengekalkan prinsip tegas terhadap sebarang bentuk salah guna dana Zakat
01:04serta memastikan pengurusan dana Zakat dilaksanakan mengikut rangka kerja tatbik urus ditetapkan.
01:13Sehubungan itu, semua pihak diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak benar
01:17berhubung perkara ini kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan
01:21serta menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap institusi Zakat.
Comments