Skip to playerSkip to main content
Suka makan lauk pedas? Memang kena cuba resipi Ayam Cili Bersantan ni. Pedas yang ‘kick’, kuah santan berlemak, memang cukup memikat selera. Isi ayam pula lembut dan serap semua rasa, memang sedap makan dengan nasi panas. Jom cuba!

AYAM CILI BERSANTAN

BAHAN-BAHAN:
500gm ayam – potong kecil
1 sudu besar lengkuas kisar
½ sudu besar serai kisar
1 keping asam gelugur
2 helai daun limau purut
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam & serbuk perasa secukupnya
1/2 cawan air
100ml santan
1 sudu besar kicap manis
1 helai daun kunyit - hiris
½ biji bawang besar - hiris

BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
6 biji cili merah
7 biji cili padi merah

Cara penyediaan boleh tonton di video. Selamat mencuba!

#majalahrasa #rasashare #dapurrasa #resipi #resepi #ingatmakaningatrasa #resipirasa #ayamcilibersantan #ResipiTradisional #MakananMalaysia
Transcript
00:00Hai semua, hari ni dah ada berasa
00:01Kak IK nak masak lauk bekuah yang pedas, lemak
00:04dan cukup menyelerakan iaitu
00:05ayam cili bersantan. Sedap ni makan dengan
00:07nasi panas-panas. Hah, tunggu apa lagi?
00:10Jomlah kita masak. Mula-mula
00:11satukan bawang merah, bawang putih,
00:13halia, cili merah dan cili padi dalam blender.
00:16Kalau nak rasa lebih pedas menyengat,
00:18letak banyak cili padi. Boleh tercampur
00:19cili padi merah dan hijau. Kemudian
00:21kisah hingga halus. Bila dah saya terkisah
00:24panaskan minyak dalam kali, kacar-kacar
00:26sikit, kemudian masukkan bahan kisah
00:27tadi bersama serai dan juga lengkuas
00:29kisah. Tomeh lah hingga wangi
00:31dan pecah minyak. Bau dia tu memang
00:33buat perut rasa lapar. Tak sabar nak
00:35makan. Seterusnya, masukkan ayam
00:37yang kita dah potong kecik-kecik. Ayam tu
00:39paling best kalau guna pak yang betul lah. Masukkan
00:41juga asam gelugur, serbuk kunyit,
00:43daun limau burut, garam dan sedikit serbuk
00:45berasa. Serbuk kunyit tu optional je tapi
00:47Kak IK suka letak sebab nanti warna sambal tu
00:49jadi lagi cantik. Kacau-kacau lagi hingga
00:51semua bahan tu jadi sebati. Bila
00:53ayam dah separuh masak macam ni, tuankan setengah
00:55cawan air dan juga santan. Kacau
00:57perlahan-lahan dan biarkan kuah mendidih.
00:59Gabungan santan yang cili memang
01:01hasilkan kipah yang berlemak, pedas dan
01:03beraroma. Kemudian masukkan pula kicap
01:05manis. Ini tujuannya untuk bagi warna sambal
01:07tu jadi lebih cantik dan rasa sedikit manis
01:09yang seimbang. Kacau-kacau dan biarkan
01:11masak hingga kuah tu mula pekat dan
01:13hampir kering. Bila dah sampai tahap tu, masukkan
01:15hirisan bawang besar dan juga daun kunyit.
01:17Tahun kunyit tu nak hiris boleh, nak
01:19simpul boleh, nak cari boleh. Ikut
01:21tahap kerajinan masing-masing. Kacau sekejap
01:23sahaja supaya aromanya kekal segar.
01:25Woohoo! Dah siap ayam cili
01:27bersantan kita. Kuah pekat, pedas
01:29menyengat lemak santan. Memang
01:31cukup. Laut simple je tapi confirm
01:33buat tambah nasi. Korang nak tengok Kak Iki masak
01:35secara live? Jom intai angsi kami di
01:37titok majlis rasa setiap selasa dan kamis
01:39jam 11 pagi. Ingat makan dengan rasa. Jangan lupa
01:41tonton!
Comments

Recommended