00:00Bayangkan, anda makan ubat untuk sembuh, tapi rupanya ubat itu palsu.
00:05Bunyi macam mustahil, tapi Persatuan Perubatan Malaysia atau MMA,
00:09kata perkara ini sebenarnya semakin serius di Malaysia.
00:13Presiden MMA, Dr. Tiruna Vukara Suraju, berkata Kementerian Kesehatan Malaysia
00:18telah lakukan lebih 4,000 serbuan dari 2023 hingga 2025.
00:24Dalam tempoh itu, lebih RM108 juta produk kesehatan tidak berdaftar dirampas.
00:30Menurut Pertubuhan Kesehatan Sedunia, kira-kira 10% ubat di negara membangun adalah palsu atau berkualiti rendah.
00:38Di beberapa kawasan Asia, angka itu boleh naik hingga 30%, malah hampir 50% di sesetengah kawasan Afrika.
00:47Lebih membimbangkan, ada laporan vaksin tidak berdaftar di seluduk masuk dan digunakan di klinik.
00:54Tiruna Vukara Suraju beri amaran.
00:56Pesakit yang ambil ubat seperti ini mungkin tidak sembuh atau lebih teruk boleh memudarakan kesehatan.
01:02Pakar dari International Tech Stamp Association, Francisco Mendiola, berkata sistem pengesahan perlu diperkuatkan,
01:09terutama apabila ubat palsu kini banyak dijual secara online.
01:15Katanya sistem digital yang gabungkan keselamatan fizikal dan digital boleh bantu kesan ubat palsu.
01:22Beliau menambah bahawa beberapa negara juga sedang mempeluaskan pelaksanaan sistem penjejakan dan pengesanan eksais berkonsep digital
01:29kepada sektor pharmaceutical yang membolehkan pesakit mengesahkan ketulinan
01:34dan melaporkan penemuan ubat palsu dengan segera melalui pengimbasan kod QR atau pengesahan SMS.
01:41Akhir sekali, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa semak nombor MAL
01:46dan hanya beli ubat dari farmasi berlesen atau fasiliti kesihatan yang sah.
01:50Hailey Izzati, FMT
Comments