00:00Jepun umum merombakkan terbesar terhadap peraturan ekspor pertahanannya dalam beberapa dekad dengan melonggarkan sekatan penjualan senjata ke luar negara.
00:10Langkah itu membuka ruang kepada ekspor aset ketenteraan termasuk kapal perang, peluru berpandu dan pelbagai peralatan pertahanan lain.
00:18Keputusan tersebut dilihat sebagai usaha memperkukuh asas industri pertahanan Jepun,
00:22sekaligus menandakan peralihan daripada dasar pasifis yang sekian lama membentuk polisi keselamatan negara itu sejak tamat Perang Dunia Kedua.
00:31Perkembangan konflik di Ukraine dan Asia Barat terut memberi tekanan kepada pengeluaran senjata oleh AS
00:36sekaligus membuka peluang baru kepada Jepun dalam pasaran global.
00:40Pada masa sama, sekutu AS di Eropah dan Asia kini dilihat berusaha memperbagaikan sumber bekalan pertahanan
00:46susulan ketidaktentuan komitmen keselamatan Washington di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.
00:51Menurut pegawai dan diplomat Jepun, beberapa negara termasuk Poland dan Filipina
00:55sedang meneroka peluang perolehan aset ketenteraan sebagai sebahagian usaha memodernkan akatan masing-masing.
01:01Salah satu perjanjian terawal yang berpotensi dimaterai ialah eksport kapal perang terpakai ke Manila menurut sumber berkaitan.
01:08Perubahan yang diluluskan Kerajaan Pimpinan Perdana Menteri, Sane Takachi,
01:12truk memasuhkan lima kategori eksport yang sebelum ini menghadkan penjualan kepada peralatan seperti penyelamatan,
01:18pengangkutan, amaran, pengawasan dan peralatan penyapu periuk api.
01:22Sebaliknya, setiap cadangan eksport akan dinilai secara kes demi kes oleh menteri dan pegawai berkaitan.
01:28Bagaimanapun, Jepun akan mengekalkan tiga prinsip utama eksport termasuk seringan ketat,
01:32kawalan pemindahan kepada pihak ketiga serta larangan penjualan kepada negara yang terlibat konflik
01:38walaupun pengecualian boleh dipertimbangkan atas kepentingan keselamatan negara.
Comments