00:00Meralih ke perkembangan luar negara, Iran menegaskan tidak akan menerima sebarang rundingan dengan AS sekiranya dilakukan di bawah tekanan atau
00:08ugutan.
00:09Perkara itu dinyatakan Speaker Parlimen Iran yang juga Ketua Perunding, Muhammad Bakir Khalifaf di PlatformX pada Selasa.
00:18Muhammad Bakir berkata Presiden AS Donald Trump didakwa cuba menjadikan meja rundingan sebagai meja penyerahan kalah Iran.
00:25Beliau menegaskan Iran tidak akan tunduk kepada pendekatan paksaan dalam sebarang proses diplomasi antara kedua negara.
00:33Ketua itu menyusul ketika mana ketegangan antara Teheran dan Washington masih berlarutan dengan isu keselamatan dan konflik di Asia Barat
00:39terus menjadi perhatian antarabangsa.
00:42Muhammad Bakir sebelum ini beberapa kali menegaskan bahawa Iran hanya bersedia untuk berunding sekiranya wujud keadaan yang adil serta bebas
00:48daripada tekanan luar.
00:49Beliau turut mengkritik pendekatan AS yang disifatkan menggunakan tekanan ketenteraan dan ekonomi dalam usaha mempengaruhi rundingan.
00:57Setakat ini belum ada pengesahan rasmi mengenai pusingan baru rundingan antara kedua-dua pihak, mereka perkembangan diplomatik masih tidak menentu.
01:04Terima kasih telah menonton!
Comments