Skip to playerSkip to main content
  • 47 minutes ago
Seorang pesara swasta kerugian RM108,000 selepas terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud dalam talian, pada Mac lepas.
Transcript
00:00Seterusnya, seorang pesara swasta kerugian RM108,000 selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud dalam talian pada Mac lepas.
00:09Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hazrat Husin Mion Husin berkata,
00:15wanita berusia 61 tahun itu berurusan dengan individu yang menawarkan pakej pelaburan saham daripada sebuah syarikat
00:20dengan menjanjikan keuntungan 80% daripada jumlah pelaburan.
00:27Mangsa yang tertarik dengan tawaran tersebut membuat beberapa transaksi ke atas satu akaun syarikat
00:32bermula 11 Mac sehingga Jumat lepas dengan jumlah keseluruhan RM108,000.
00:38Bagaimanapun, mangsa mengesyaki telah ditipu apabila diminta membuat penambahan bayaran
00:42bagi sebarang pengeluaran keuntungan yang dipaparkan pada aplikasi tersebut sebelum dia membuat laporan polis pada Isnin.
00:48Hazrat Husin berkata, modus operandi sedikit ini bermula dengan mangsa akan dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp
00:54bersama rakan suspek yang menyamar sebagai pelabur-pelabur dan memainkan peranan kononnya sebagai ahli baharu yang menyertai pelaburan tersebut.
01:02Beliau berkata, perbualan dalam kumpulan tersebut hanya menerangkan mengenai prosedur pelaburan
01:06dan mangsa kemudiannya diterpedaya untuk menyertai berikutan testimoni palsu daripada penyamaran pihak sindiket
01:12yang menyatakan telah menerima keuntungan berlipat kali ganda.
01:15Setelah itu, mangsa akan menghubungi pihak admin dan diminta untuk memuat turun aplikasi palsu melalui pautan diberikan.
01:22Mangsa hanya akan diminta untuk menambah jumlah pelaburan
01:25serta memantau peningkatan keuntungan yang tidak wujud melalui aplikasi tersebut secara dalam talian.
01:30Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kandung Kesisaan
01:33yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan juga denda.
01:39Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments

Recommended