00:00Apabila Hanayoh memperkenalkan bangun KL dengan tawaran kopi RM5 untuk galakkan orang keluar awal,
00:07ia nampak seperti idea mudah.
00:09Ubah tabiat, kurangkan kesesakan waktu puncak.
00:13Tapi sebenarnya kritikan yang timbul bukan tentang kopi,
00:16ia tentang masalah besar yang didedahkan oleh dasar itu.
00:20Pemandu di KL sudah pun habiskan sekitar 159 jam setahun dalam trafik.
00:26Bagi yang datang dari Kelang atau Syar Alam, perjalanan 2 jam sudah jadi perkara biasa.
00:32Ada yang keluar sebelum subuh, ada yang sampai awal dan tidur dalam kereta kerana terlalu penat.
00:38Maksudnya tiada lagi masa untuk optimumkan rutin.
00:42Dalam 2 dekad lalu, kawasan Greeter KL semakin berkembang keluar,
00:46tetapi peluang kerja masih tertumpu di pusat bandar.
00:50Kos hidup yang meningkat dan tarikan rumah landed menyebabkan ramai berpindah ke kawasan seperti Subang,
00:56Syar Allah Mak Pucong dan Klub.
00:58Akibatnya perjalanan jadi jauh dan semua orang guna laluan yang sama pada waktu yang sama.
01:04Ini masalah struktur, bukan masalah sikap.
01:08Kita juga sudah cuba bina lebih banyak jalan,
01:11tapi ia tidak menyelesaikan masalah kerana lebih banyak jalan akan dipenuhi semula dengan kereta.
01:17Dalam masa sama, memandu terlalu mudah, minyak murah, pinjaman senang dan hampir setiap orang ada kereta sendiri.
01:26Walaupun rangkaian tren semakin luas, masalah first mile dan last mile masih wujud.
01:31Bas tak kerap, laluan perjalan kaki kurang baik dan cuaca panas.
01:36Sebab itu, orang tetap pilih bawa kereta.
01:39Ia lebih mudah dan praktikal.
01:41Bila kita faham kesesakan jalan raya sebenarnya berpunca daripada perancangan bandar,
01:47dasar pengangkutan, harga dan cara urus takbit,
01:50kita akan sedar tiada penyelesaian cepat.
01:52Kesesakan bukan sekadar sebab terlalu banyak kereta.
01:55Ia berlaku kerana sistem sekarang buat memandu jadi pilihan paling mudah, murah dan boleh diharap.
02:02Nak ubah keadaan, kita kena ubah sistem itu.
02:05Contohnya, cas kesesakan, ubah subsidi minyak,
02:09tetapkan cas parkir yang betul dan sediakan pengangkutan awam yang lebih baik dan laju.
02:14Akhir sekali, cara pengurusan juga penting.
02:17Rancangan yang tidak selaras antara agensi menyebabkan jalan raya dan perumahan dibina tanpa koordinasi.
02:23Dan akhirnya, kesesakan jadi masalah yang tak dapat dielakkan.
02:28Bangun KL sebenarnya minta rakyat ubah diri.
02:31Sistem sedia ada dah terlalu terbeban.
02:34Sebab itu ramai rasa tak kena dan mula bersuara.
02:37Yang lebih penting sekarang ialah akui punca sebenar masalah
02:41dan ada usaha serius untuk selesaikan dalam jangka panjang.
02:45Baca artikel penuh tulisan Bujacir hanya di FMT.
Comments