00:00Tak Perlu Hukuman Mati
00:02Luke Siofuk menolak kemungkinan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan
00:08bagi kes memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah
00:12walaupun terdapat desakan daripada beberapa pihak untuk berbuat demikian.
00:17Menteri Pengangkutan itu berkata ia bukan sesuatu yang dipertimbangkan
00:21memandangkan kerajaan telah memansuhkan hukuman mati mandatori.
00:25Luke berkata setakat ini pemandu mabuk sudah boleh didakwa atas kesalahan membunuh
00:31jika perbuatan mereka menyebabkan kematian orang lain.
00:36Bulan lalu Luke berkata kementeriannya mencadangkan pindaan undang-undang
00:40untuk mewajibkan pesalah membayar pampasan kepada keluarga mangsa
00:45susulan kemalangan maut di Kelang yang melibatkan seorang pemandu
00:49yang didakwa berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah.
00:52Luke ketika itu berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan mereka
00:57yang memandu di bawah pengaruh bahan terbabit.
Comments