Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Sebanyak 3,523 tangkapan dilakukan pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (MATF) sepanjang 2023 hingga tahun lalu.
Transcript
00:00Sebanyak 3,523 tangkapan dilakukan pasukan petugas khas agensi-agensi penguatkuasaan Malaysia MATF sepanjang 2023 hingga tahun lalu.
00:12Ketua Pesuruh Jaya Suruhan Jaya Perjagaan Rasuah Malaysia SPRM Tan Sri Azambaki berkata, pencapaian itu bukan sekadar angka, sebaliknya mencerminkan
00:23keupayaan negara mengekang jenayah berprofil tinggi.
00:27Angka itu katanya merangkumi kes berprofil tinggi seperti Ops Samba 2, Ops Taufan, Ops Yellow, Ops Counter Satin dan Ops
00:37Bunga.
00:38Daripada aspek pemulihan aset, katanya tahun 2025 sahaja, SPRM merekodkan sitaan mencecah RM6.87 bilion selain pembekuan, pelucut hakan, kompaun
00:53dan penyelesaian yang keseluruhannya membabitkan nilai besar serta memberi impak langsung kepada hasil negara.
01:00Selain itu, kata beliau, sebagai peneraju MATF, SPRM turut mengetuai pelaksanaan operasi berimpak tinggi seperti Operasi 82S, Ops Tropicana, Ops
01:13Eagle dan Ops Liter.
01:15Katanya pendekatan whole of government kini menjadi keperluan dalam menghadapi landscape jenayah masa kini dengan kejayaan terbabit membuktikan bahawa kerjasama
01:25bersepadu antara agensi mampu bukan sahaja mengekang jenayah, malah menghancurkan keseluruhan ekosistem sindiket.
01:34Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sesi libat urus MATF Way Forward di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada
01:43Khamis.
Comments

Recommended